spot_img
spot_img

DEBAT, WACANA ATAUPUN GEBANG? – UMNO Sempurnakan Seni ‘Mengelak’

spot_img

Jelas Sekali, Berdebat Bukan Budaya UMNO.

 

Masih ada lagikah yang benar-benar percaya, bahawa UMNO atau kerajaan BN akan benarkan isu berkaitan 1MDB ataupun sebarang topik yang ‘sensitif & berkepentingan tinggi’ buat negara didebatkan?

Sebenarnya, kalau 3-4 tahun lepas kita disajikan prospek untuk melihat debat antara Tun Mahathir vs Datuk Seri Nazri Aziz, pastinya ramai yang akan garu kepala memikirkan, apa ‘standing’ dua figura tersebut dengan isu 1MDB? Yang kita mahukan, mereka yang bertanggungjawab akan 1MDB yang menjelaskan segalanya. Baik Nazri mahupun Tun adalah ‘outsiders’. 1MDB tidak punya kaitan dengan mereka.

 

Artikel Lengkap – the Guardian
- Advertisement -

 

Tapi yelah, dek kegersangan jawapan & peluang debat yang tak kunjung tiba, kedengaran saja ada Menteri UMNO yang bersungguh nak tolong menjawab, kita pun ‘bersyukur’. Bukan Melayu sahaja mudah lupa. Satu Malaysia lupa, yang bersungguh itu kan UMNO juga, dah sah-sah lah itu wayang tinggi.

 

- Advertisement -

Dan siapa yang lebih baik untuk menjadi antagonis utamanya kalau bukan menteri paling karismatik & merasakan dirinya paling hero dalam UMNO kalau tidak Datuk Seri Nazri Aziz? Umum pun tahu bukan sekali ini saja Nazri berbalas ayat sentap dengan Tun. Jadi sesuai sangatlah dia yang menyandang watak utama produksi UMNO edisi 2017. Maka direkalah isu basi BMF – yang duitnya dah lesap hampir 3 dekad lampau & tentu-tentu kita tak dapat balik pun – sebagai pencetus sesi ‘debat’ kali ini.

 

Inilah yang paling hampir dengan ‘Debat’ yang Rakyat boleh lihat – Foto Op sesambil makan chendol, pura-pura ‘civil’ –Foto Kredit – themalaymailonline.com

 

Taktik ‘bluff’ UMNO ini pun bukanlah benda baru. Kalau benarlah pihak kerajaan tiada sebarang isu nak dielak ataupun disembunyikan, (ingat ‘Forum’ – Nothing To Hide – yang mana Datuk Seri Najib sendiri ‘missing in action’ tak? Oh, lupa pulak – Malaysia kan mudah lupa) sudah lama perkara ini dibahas di muka awam. Tapi jelas, Parlimen pun tidak memberi ruang bagi isu sebesar 1MDB dibahaskan. Segala laporan PAC mahupun Ketua Audit Negara dirahsiakan dibawah OSA (Official Secrets Act).

 

Maka atas dasar apa rakyat percaya bahawa debat antara dua susuk yang langsung tiada perkaitan dengan isu 1MDB ini akan dapat direalisasikan? Debat Mahathir – Nazri ini jelas dipergunakan sebagai isu pengalih perhatian semata. Kita diilusikan bahawa ianya boleh sahaja berlaku, walaupun hakikatnya tidak begitu. Kompang dipalu bukan hari ini, nun dari 2011/12 lagi. Pengantinnya tak juga kunjung tiba. Yang dikendurikan hanyalah waktu & wang rakyat.

 

https://www.youtube.com/watch?v=P4n0A6CgTJw

“Hanya kilang di situ, tapi polis beri alasan penduduk sekitar bantah, takut timbul huru-hara” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mengulas demikian berhubung pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis terhadap penganjuran dialog antara beliau dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. – Astro Awani

 

Dah muak sebenarnya nak mengulang-ulang isu ini, tapi rakyat sendiri perlu faham bahawa 1MDB ini bukan masalah hari ini. Diam tak diam, sudah hampir 10 tahun usianya kalau dikira dari zaman Terengganu Investment Authority (TIA). Kalau dulu bayi, sekarang dah darjah 4 & boleh karang surat cinta barangkali.

 

Foto Kredit – mysuara.net

 

Nak menjawab satu isu yang kepincangannya begitu jelas pun mengambil hampir sedekad, ko ghase sekarang dia ikhlas nak menjawab? Silalah mimpi. Gebang memang kencang – tapi tahniah lah buat Kerajaan Datuk Seri Najib, Tuan & seantero Kabinet Menteri Tuan sememangnya telah menyempurnakan ‘Seni Mengelak’. Ampunkan kami rakyat marhaen yang masih belum sedar dari mimpi, mimpi untuk mendapat Kerajaan yang ‘Accountable’. Bila lah pula agaknya nak ada ‘Transformasi’ ke situ yea?

 

– Dewa Tularr

 


 

Kompilasi Drama UMNO Mengelak Dari Menjawab Isu

Memandangkan kami dok mengulang akan kemudah-lupaan dalam artikel di atas, nah, kami sediakan juga, penawar bagi keterlupaan anda. Ini antara kompilasi drama debat terhebat dekad ini.

 

Foto Kredit – Sinar TV

 

Haa, antara ‘Hero’ awal UMNO yang berani (tahniah juga lah pada Datuk Khairul Anwar Rahmat, Bekas Ketua Pemuda Umno Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor – sendiri meletakkan jawatan) ‘cuba’ menjawab isu.

 

 

 

Itu baru Wacana. Tak tahulah bagaimana perasaan terkini Datuk Khairul Anwar Rahmat kalau beliau ulang tayang persembahan beliau di pentas Kumpulan Media Karangkraf ini dua tahun yang sudah. Mungkin watak-watak ‘kail panjang sejengkal’ sebeginilah yang menguatkan azam UMNO agar jangan sekali-kali menghulur leher untuk berdebat, wacana mahupun nak bersoal jawab. Tobat lahum kata orang. Maka Seni ‘Pengelakkan’ pun mula diasah dengan gigihnya.

 

Foto Kredit – Youtube Channel Oh Malaysia

 

https://www.youtube.com/watch?v=qiS9-1GfiQ8

 

‘Hero’ kedua UMNO secara kebetulan atau tidak, berasal dari Kluang juga. Sama seperti Datuk Khairul Anwar Rahmat. Jadi, tak gah mana la ‘Hero’ Padang Rengas sebenarnya. UMNO patut bersyukur adanya ‘Kluang-Kluang Men’ yang berani ‘kononnya’ memberi pencerahan berkaitan isu yang sememangnya ‘above pay grade’ mereka. Takpelah, yang penting ‘nampak’ la ‘usaha’.

 

 


 

Itu diantara Wayang yang ‘Jadi’. Wayang yang tak jadi pun banyak…

 

Siapa masih ingat? (Alahai keciknya #Nothing2Hide tu haa…) – Foto Kredit – financetwitter.com

 

Foto Kredit – says.com

 

 

Foto Kredit – financetwitter.com

 

Eh, ehh…tiba-tiba – tak pasti ‘HERO’ ni sempat tanya soalan beliau atau tidak, rasanya Tun Mahathir hadir waktu tu. Mungkin Tunku Aziz ke tandas waktu tu, 10 soalan beliau tak sempat ditanyakan. p/s – Bacalah link artikel ni, menghiburkan. Alaahaii kasimm.. Foto Kredit – omakkau.blogspot.my

 

 

 


 

Boleh tahan kan ‘Drama’ setakat ni? Banyak lagi, ambil popcorn, seronok imbas kenangan silam ni. Nostalgia ditipu lagi & lagi memang dah sebati dalam sistem rakyat kebanyakan ni. Rasanya kita buat ‘throwback’ isu GST pulak selepas ni. Hmmm..akan dipertimbangkan.

 

Foto Kredit – Pinterest

 

 

 

Maka keluarlah ‘HERO’ sebenar. 

 

 

Debat Arul Kanda selaku CEO 1MDB & Tony Pua selaku anggota PAC yang ditubuh menyiasat kepincangan 1MDB memang dinantikan – Foto Kredit – umno-online.my

 

Propa dulu. – Foto Kredit – pakdin.my

 

 

Tiada halangan untuk debat mengenai 1MDB. Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin Memberi ‘lampu hijau’ kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. – Astro Awani

Haha…nampak lagak gaya jawapannya tu. Kudos kepada penulis skrip! Terer Benderer!

 

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada halangan ke atas stesen tv lain untuk menyiarkan secara langsung debat 1MDB. – Astro Awani

 

 

Kita kasi putar lagi Halim!! – Foto Kredit – freemalaysiatoday.com

 

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat mengenai 1MDB. Beliau mempertikaikan tindakan itu berikutan Pua sebelum ini dilihat bersungguh-sungguh mahu debat itu diadakan. – Astro Awani

 

Antara pendebat ‘Nasional’ (dia je yang berjaya berdebat & disekolahkan ‘live’ untuk satu negara tengok) yang berbuih-buih mulut berdebat – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Aih, dah jadi Menteri Asas Tani pun nak menyibuk lagi tuh? Memang darah ‘HERO’ sebati dalam UMNO. Syabbas!

 

 

Debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua menarik diri. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan RTM hanya menawarkan siaran langsung hanya untuk debat antara Tony dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. – Astro Awani

 

 

Speaker pun boleh ber’drama’ apa…

 

https://www.youtube.com/watch?v=XixEA0SY2zw

 

Dah penat ke belum? Kalau kita dokumentasikan drama ni, memang boleh jadi telenovela. Tapi Malaysia harus ingat. Kerana isu ini belum berakhir. Isu ini masih berlaku. Isu ini masih perlu dijawab & dipertanggungjawabkan.

Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah nak menutup isu ini perlu ditolak kerana jelas perlakuan 1MDB – badan dibawah seliaan PERDANA MENTERI sendiri (harus diingat, tiada sebarang transaksi boleh berlaku tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan PERDANA MENTERI) tidak berminat untuk telus walau dengan anggota Parlimen yang kesemuanya (baik kerajaan mahupun pembangkang) dilantik atas UNDI RAKYAT. Kalau Parlimen tidak diberi keutamaan untuk mendapatkan jawapan dari Kerajaan, Demokrasi apakah yang sedang kita jalankan?

 

‘HERO’ pujaan UMNO Baru ni pulak kata apa?…

 

Debat 1MDB tak sepenting siasatan PAC, kata Khairy – Foto Kredit – Pinterest

 

 

 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata debat antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi 1MDB.

Katanya beliau lebih berminat untuk mengetahui hasil siasatan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbanding debat secara langsung antara Tony dan Arul. – Astro Awani

 

Jadi mengaku la ada masalah kan?

 

Masalahnya YB, nak selesai apa, kalau ‘Masalah’ nya dirahsiakan? Hasil siasatan dirahsiakan. Audit dirahsiakan. Bila media asing lapor, dikatanya fitnah. Dah tu saman la. Tak jugak saman. Kerajaan punya tanggungjawab untuk mendengar & menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Rakyat. Penyalahgunaan kuasa diperingkat yang paling tinggi & penyelewengan dana Rakyat bukan sesuatu jenayah yang boleh disorokkan dibawah OSA.

Dah bertahun dok mengelak, tunggu apa? Tunggu selesai masalah atau berdalih tak nak mengaku dah buat salah? Masalah takkan selesai kalau kita tak tahu apa masalahnya. Gebang la sampai kiamat. Nanti di akhirat kita tengok menjadi ke idak ‘Seni Mengelak’ yang telah kalian semua sempurnakan ni. Wallahualam.

 

– Dewa Tularr

-Warkah Marhaen

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img