Sekitar tahun 2010, negara digemparkan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya.
Agak lama juga kes itu berjalan di mahkmah sehinggalah baru-baru ini Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan, 47, dan dua pekerja ladangnya tetapi membebaskan seorang daripada perayu daripada pertuduhan membunuh Sosilawati dan tiga pembantunya.
Sudah tentu keputusan ini melegakan hati ahli-ahli keluarga mangsa apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada mereka.
Namun, mungkin ramai tidak tahu bahawa kes Sosilawati ini merupakan kes kedua yang mahkamah bergantung sepenuhnya pada bukti keadaan untuk mensabitkan tiga lelaki itu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang menyifatkan kes itu sebagai paling diingatinya.
“Ia diingati atas beberapa sebab iaitu melibatkan banyak tertuduh dan bersejarah dari segi ia merupakan kes kedua selepas kes Sunny Ang iaitu kami bergantung sepenuhnya pada bukti keadaan. Polis tidak menjumpai mayat (Sosilawati), sama seperti dalam kes Sunny Ang.
“Jadi, ia bersejarah dari aspek itu dan kebetulan ia juga merupakan kes jenayah terakhir dikendalikan saya,” katanya seperti dilapor Bernama.
Sosilawati dan ketiga-tiga pembantunya itu dilaporkan hilang selepas pergi ke Banting bagi urusan tanah.
Kejamnya, mereka menemui maut di tangan tiga perayu di sebuah ladang dengan mayat mereka dibakar sepenuhnya menggunakan kayu.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1