MESIR: Kuwait Petroleum Corporation (KPC) hari ini berkata ia telah membuat penemuan sumber minyak gergasi di padang Al-Nokhatha di timur pulau Failaka, Kuwait, dengan rizab minyak dianggarkan sebanyak 3.2 bilion tong.
Ketua Pegawai Eksekutif KPC Sheikh Nawaf Saud Nasir Al-Sabah berkata dalam video yang disiarkan oleh syarikat itu pada X bahawa rizab penemuan baharu itu bersamaan dengan keseluruhan pengeluaran negara dalam tempoh tiga tahun.
Anggaran kawasan awal telaga minyak yang baru ditemui adalah sekitar 96 km persegi, kata KPC dalam kenyataannya.
Ia menambah bahawa anggaran awal rizab hidrokarbon yang terdapat di telaga itu dianggarkan kira-kira 2.1 bilion tong minyak ringan, dan 5.1 trilion kaki padu gas standard, yang sepadan dengan 3.2 bilion tong setara minyak.