London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Pasang PROTON di Mesir untuk pasaran Arab – CKD

spot_img

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton mengembangkan jejaknya di pasaran antarabangsa dengan permulaan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Mesir.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, jualan eksport adalah satu daripada bidang tumpuan penting bagi Proton dalam usaha untuk mencapai matlamat jangka panjangnya.

“Memandangkan pasaran automotif Malaysia mencapai tahap tepu semula jadinya, potensi pertumbuhan volum akan datang adalah dari pasaran luar negara di mana permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada masa akan datang.

- Advertisement -

“Penambahan operasi CKD di Mesir menambahkan jumlah kilang yang terlibat dalam aktiviti CKD dan SKD (Semi Knocked Down) untuk Proton di luar Malaysia kepada lima,” katanya dalam kenyataan.

Pengumuman tersebut dibuat semasa satu acara di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan Proton dan ia diserikan dengan majlis pelepasan untuk menghantar 120 unit pek CKD Proton Saga LHD ke negara tersebut.

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata proses pemasangan tempatan Proton Saga di Mesir membolehkan syarikat memenuhi matlamat kerajaan Mesir untuk mengehadkan bilangan import CBU ke negara tersebut sambil juga menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan.

- Advertisement -

“Ini seterusnya mencipta potensi untuk pengembangan kapasiti yang lebih besar di negara tersebut pada masa hadapan, terutama selepas kami melancarkan model-model baharu untuk mencapai matlamat bagi menjadikan Mesir sebagai pusat eksport kenderaan Proton di rantau Afrika Utara,” katanya.

Sejak 2004, jenama Proton telah hadir di pasaran automotif Mesir bersama rakan kongsi, Ezz
Elarab dan hampir 17,000 unit kenderaan import sepenuhnya (CBU) telah dieksport ke negara tersebut dan dijangka lebih daripada 1,400 akan dihantar ke Mesir pada tahun ini.

Dengan pemasangan tempatan yang disasarkan untuk bermula pada bulan Disember tahun ini di kilang pemasangan Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF), volum yang disasarkan untuk tahun 2025 dijangka meningkat kepada 5,000 unit Proton Saga.

Untuk tiga tahun pertama sehingga akhir 2026, pendapatan yang diperoleh Proton daripada eksport pek CKD ke Mesir diramalkan sebanyak RM570 juta, dengan tambahan RM20 juta dijangka sebagai pendapatan daripada aktiviti eksport alat ganti.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img