London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Sijil Halal : Ahli Parlimen DAP saman Dr Akmal RM25 juta

spot_img

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terus menghangatkan lagi polemik sijil halal. Kami ini Naib Pengerusi DAP itu menghantar notis undang-undang kepada Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh kerana didakwa memutar belit kenyataannya berhubung pensijilan halal mandatori untuk restoran dan syarikat makanan yang bebas daging babi dan bukan alkohol di Malaysia.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok menuntut ganti rugi RM25 juta dan menuntut Akmal membayar sepenuhnya kos guaman dan perbelanjaan yang timbul daripada saman itu.

Surat Tuntutan (LOD) memberi Akmal tujuh hari bekerja untuk membalas semula. Dr Akmal akan dikenakan saman sivil jika gagal menjawab.

- Advertisement -

Akmal membalas di Facebook dengan mengatakan “Ok nyonya” dan beliau berani untuk berjumpa dengannya di mahkamah jika Teresa ingin menyaman beliau. Dr Akmal yang sentiasa tegas dan lantang dalam isu yang menyetuh sentimen Islam berkata lagi “dia mahu menampal logo tidak halal di dah Teresa Kok dan memanggilnya “nyonya tua” (wanita tua)”.

Apabila Teresa Kok mengancam untuk membawa perkara itu ke mahkamah, Dr Akmal membalas, ‘Bawa, saya tidak takut. No fear, no surrender.’ “Kita akan berjumpa di mahkamah”, tegas Dr Akmal

Datuk Dr Akmal Salleh mengkritik secara terbuka dan keras kepada Teresa Kok kerana mempersoalkan idea JAKIM yang ingin melaksanakan sijil HALAL mandatori kepada semua restoran yang tidak menjual daging babi dan minuman beralkohol. Tegas Dr Akmal, Teresa Kok tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama yang tiada mengena dengan beliau apatah lagi ia jelas komen itu seperti menghina dan mencabar sensitiviti umat Islam. Ia membuktikan bahawa beliau gagal memahami atau menghormati kepentingan dan hakikat isu halal yang suci di Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img