spot_img
spot_img

3 agensi ekonomi Bumiputra disusun semula

spot_img

CYBERJAYA, 20 Mei — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan penyusunan semula tiga agensi yang diberi mandat untuk ekonomi Bumiputera di bawah seliaan kementerian itu, selaras dengan matlamat Kerajaan Madani untuk memperkasa dan melonjakkan penyertaan ekonomi Bumiputera secara strategik, mampan dan berkesan.

Ia akan dicapai melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, selaras dengan prinsip Kerajaan Madani yang mengutamakan keterangkuman, keberkesanan dan kemampanan.

“Penjajaran semula strategi dan pelaksanaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan melalui sesi penglibatan yang diadakan awal tahun ini

- Advertisement -

“Inisiatif penjajaran semula ini juga dilaksanakan berikutan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang menggariskan strategi untuk memperkukuh peranan agensi yang diberi mandat Bumiputera dalam menyampaikan agenda Bumiputera,” katanya.

Rafizi berkata demikian pada majlis Mempertingkatkan Nilai Bumiputera di sini pagi ini yang dihadiri lebih 500 orang termasuk wakil syarikat Bumiputera pelbagai saiz, pemimpin korporat, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, melalui penjajaran semula ini, YP, Teraju dan Ekuinas akan memainkan peranan istimewa dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera.

- Advertisement -

Beliau berkata YP akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan tahap pencipta nilai Bumiputera, manakala Teraju akan bertindak sebagai pemangkin besar dalam memacu pertumbuhan dan mengembangkan skala syarikat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing di arena global, manakala Ekuinas akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi buputera melalui pemilikan ekuiti korporat.

“Menjelang 2030, hasil daripada penjajaran semula ini, ketiga-tiga agensi terbabit telah diberi sasaran untuk dicapai.

“YP perlu menyediakan 10,000 bakat Bumiputera yang bersedia bersaing dan menjadi pemain industri, Teraju disasarkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion melalui kerjasama dengan sektor swasta dan membangun serta menambah baik keupayaan 1,000 syarikat,” kata Rafizi.

Ekuinas akan menyokong lebih banyak syarikat keusahawanan bumiputera yang mempunyai rekod prestasi dan keuntungan yang cemerlang.

Melalui dana RM800 juta, Ekuinas akan melabur untuk menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat ini, memastikan mereka terus berkembang dan mencapai kejayaan lebih besar dalam pasaran, kata Rafizi.

Sementara itu, majlis hari ini turut menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman yang disaksikan oleh Rafizi, antaranya antara Teraju dan Leave a Nest untuk peluang kerjasama dan rangkaian melalui ekosistem strategik, akses kepada pembiayaan dan sokongan prototaip.

Selain itu, Teraju juga akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia untuk program pemudah cara melalui depositori korporat Bumiputera, perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat.

Teraju akan bekerjasama dengan Sirim Bhd untuk program pemudah cara melalui perundingan dan khidmat nasihat yang memberi tumpuan kepada produk dan perkhidmatan teknologi.

Teraju juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporate, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee (CGC), Exim Bank, Pernas, Bank Pembangunan Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM1 bilion untuk syarikat Bumiputera.

 

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img