spot_img
spot_img

Kurang 10% penglibatan Tengku Zafrul dalam UMNO Selangor

spot_img

SHAH ALAM – UMNO Selangor tidak terkejut dengan Tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah meletakkan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor.

Namun pada masa yang sama, Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, tindakan Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dan kenyatan di media sosial dianggap keterlaluan.

- Advertisement -

(Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain)

Ia susulan posting di sosial media Tengku Zafrul yang mendakwa kebangkitan UMNO Selangor sebagai hambar dan tidak sehaluan dengan Pusat.

Mohd Zaidi memberitahu, Tengku Zafrul sepatutnya menjiwai UMNO Selangor selepas menerima jawatan tersebut dan jangan menganggap akan dihampar permaidani merah untuk diraikan.

- Advertisement -

Ujar beliau, UMNO tidak seperti dahulu terutamanya selepas kekalahan PRU14 lalu di mana kini berkeadaan daif dan serba kekurangan dari semua segi. Jadi semua pihak yang diberi amanah harus berganding bahu bersama Pengerusi Negeri untuk memperkasakan semula parti.

Mohd Zaidi juga mengkritik kesungguhan Tengku Zafrul dalam menjawat jawatan parti itu di mana beliau mengesahkan bahawa kurang dari 10 peratus kehadiran Tengku Zafrul bukan sahaja dalam mesyuarat dan perjumpaan, malah di dalam program anjuran UMNO.

“Apabila kita menerima amanah ini, sepatutnya kita kena libatkan diri dalam semua mesyuarat rasmi dan pertemuan tidak rasmi yang dipanggil oleh Pengerusi UMNO Selangor pada bila-bila masa,” ujarnya yang turut menyatakan bahawa Tengku Zafrul tidak pernah memberikan pandangan yang menyokong atau menentang sebarang keputusan diputuskan secara kolektif oleh UMNO Selangor.

Mohd Zaidi juga menyarankan bahawa lebih ramai lagi Ketua UMNO Bahagian negeri itu yang layak dan sanggup memikul tugas dan amanah sebagai Bendahari.

“Kalau hendak letak jawatan sekalipun, apakah tidak boleh berunding dengan Pengerusi UMNO Selangor terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya mewakilkan Setiausaha Politik beliau untuk berjumpa dan memaklumkan perkara ini secara keluarga serta membuat kenyataan akhbar bersama jika perlu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Seorang ahli UMNO Kota Raja yang tidak mahu dikenali memaklumkan kepada Berita Tular , Tengku Zafrul pada peringkat awal menyertai UMNO kelihatan agak turun ke bawah berjumpa dengan ahli-ahli cawangan dengan aktiviti-aktiviti setempat.

“Namun mungkin sibuk sejak akhir-akhir ini agak kurang muncul. Biasanya pemimpin UMNO lahir dari peringkat bawah dan panjat ke atas. Tengku Zafrul berbeza kerana dia ‘kayangan’. Lain dunia politik dan korporat. Jadi kami ahli-ahli di sini banyak hanya mengharapkan kewangan, tetapi tidak kepimpinan berpanjangan”, katanya yang telah menjadi ahli UMNO selama lebih 20 tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img