spot_img
spot_img

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berhasrat keluar dari PN

spot_img

KOTA KINABALU, 7 Nov — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Belum ada kenyataan rasmi dari pihak PN berkenaan hasrat STAR, parti yang berpangkalan di Sabah itu. Namun Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal hari ini ditanya berkenaan perkara itu oleh wartawan, namun beliau berkata perkara itu tidak akan memberi kesan kepada prestasi PN dan menghormati keputusan STAR.

Pada Isnin, presiden STAR Datuk Seri Jeffrey Kitingan telah mengulangi hasrat partinya untuk meninggalkan PN, dengan berkata pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

- Advertisement -

Kitingan sebelum ini berkata STAR dan PN sudah tidak sehaluan lagi, selepas partinya menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan di bawah gabungan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PPBM telah mengalami kehilangan sokongan ramai ahli-ahli parlimen yang meninggalkan parti itu. Penganalisis politik melihat PN ‘mempunyai nafas’ kerana sokongan akar umbi PAS semata-mata. PAS walaupun memenangi kerusi parlimen terbanyak pada PRU15 yang lalu, kini berada di barisan pembangkang kerana bersama PPBM di dalam PN yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img