spot_img
spot_img

Kita nak hidup mewah sampai mana? – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

spot_img

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang nak jadi seperti dia. Ramai yang ingin buat apa yang dia buat. Ramai yang jadikan beliau sebagai idola. Itulah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sememangnya mengamalkan hidup secara humble dan tidak menunjuk-nunjuk. Walaupun dia tak pernah menunjuk harga baju yang dibeli, kereta yang dibeli namun satu Malaysia tahu bahawa beliau adalah seorang jutawan yang sangat dikenali kerana keperibadiannya yang tersendiri.

- Advertisement -

“Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York, dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetap kita hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”

“Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York, dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetap kita hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”

Demikian apa yang dikatakan oleh beliau apabila ramai orang yang berbicara tentang dirinya yang tidak menunjuk gaya kemewahan dan perbelanjaannya kepada umum. Beliau antara seorang Billionaire yang paling kaya di Malaysia dan sangat disegani kerana tidak seperti hartawan lain yang gemar menunjukkan aset kemewahan masing masing.

“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah, Kita tidak boleh mengagung agungkan diri kita sangat.”

- Advertisement -

“Apalah sangat hendak dibanggakan dengan kekayaan. Rumah besar macam singgahsana pun pada satu-satu masa kita tidur satu bilik sahaja. Kereta banyak nak buat apa, satu masa kita pandu satu kereta dan makan hanya sampai kenyang sahaja.”

Beliau juga berpendapat sebagai orang Melayu, kita perlu menjalani kehidupan yang fleksibel di mana adanya naik dan turun Jangan terlalu terikut ikut dengan lifestyle yang bermewah mewah.

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana mana,” ujarnya.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukharyjuga berkata beliau tidak gemar bermain golf kerana baginya permainan itu memakan banyak masa. Namun, bermain atau tidak bukanlah kayu pengukur untuk menunjukkan seseorang itu bagus atau tidak. Kalau semua jutawan dalam Malaysia seperti Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary kan bagus.

Kalau ada yang tidak tahu, beliau pernah membina satu rumah yang diberi nama Yayasan al-Bukhari khusus untuk golongan miskin dan duduk disitu secara percuma.

–KisahZakatMalaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img