spot_img
spot_img

RM30,000 terima sumbangan Aidiladha dari MAIWP

spot_img

PUTRAJAYA: Seramai 32,300 individu asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menerima bantuan khas berjumlah RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Bantuan Insentif Khas itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun ini.

“MAIWP bersetuju menyalurkan Bantuan Insentif Khas kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

- Advertisement -

“Bantuan berjumlah RM500 itu akan diberikan kepada seramai 32,300 orang asnaf penerima bantuan zakat MAIWP yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, muallaf dan Ar-Riqab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Na’im berkata, secara keseluruhan MAIWP memperuntukkan lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan kepada penerima.

Jelasnya, bantuan itu bagi membolehkan golongan asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang.

- Advertisement -

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan,” katanya.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img