Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Projek DRT : Salah Laku Atau Konflik Kepentingan ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sejak beberapa hari lalu, Kerajaan Madani telah dikritik dengan isu penganugerahan kontrak kerajaan negeri Selangor, Demand-Responsive Transit (DRT) kepada syarikat Asia Mobiliti Technologies Sdn Bhd, yang dimiliki oleh suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Ramachandran Muniandy  merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Ekoran itu, desakan telah timbul agar Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai menteri belia dan sukan berserta dengan kritikan terhadap parti DAP yang selama ini memperjuangkan isu nepotisme dan kronisme.

PAS : DAP juga kronisme, nepotisme (berita-tular.com)

- Advertisement -

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun berkata, siasatan awalnya mendapati tiada konflik kepentingan.

“Tiada salah laku, bagaimana SPRM nak bertindak ?” (berita-tular.com)

Projek DRT ialah perkhidmatan pengangkutan awam yang memudahkan perkhidmatan pengangkutan bersama atas permintaan dengan algoritma pembelajaran mesin yang pintar untuk mengautomasikan penghantaran pengangkutan awam dan mengoptimumkan penghalaan kenderaan untuk mencapai pengambilan dan penghantaran penumpang yang cekap yang menuju ke pelbagai destinasi.

- Advertisement -

Menurut kenyataan yang dikongsi di laman media sosial pengasas bersama Premesh Chandran, tempahan dibuat melalui aplikasi penumpang manakala pemandu dibimbing oleh aplikasi pemandu.

Beroperasi dalam zon yang dipetakan, ini menyediakan perkhidmatan dari A ke B dengan lebih cekap dan kos efektif, tanpa mengikut jadual konvensional pengangkutan awam, atau sekurang-kurangnya itulah yang diumumkan oleh syarikat itu.

Selain Ramachandran, dan Premesh Chandran yang mengasaskan syarikat itu juga pengarah portal berita Malaysiakini dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif akhbar itu. Mereka menubuhkan syarikat teknologi mobiliti itu pada 2018.

Pelantikan Asia Mobiliti sebagai salah satu daripada dua penyedia perkhidmatan DRT untuk program Mobiliti Selangor pertama kali diumumkan pada forum awam anjuran kerajaan Selangor bersama Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) pada Jun 2023.

Ini diikuti dengan pelancaran rasmi logo jenama Mobiliti Selangor dan pengumuman zon pada Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital (SDEC) Selangor pada 20 Oktober 2023.

Asia Mobiliti, bersama-sama dengan Trek Rides yang merupakan syarikat teknologi mobiliti yang ke dua menerima kontrak itu, menjalankan percubaan projek pada September 2021 di Petaling Jaya untuk pengguna dan entiti yang terlibat.

Asia Mobiliti mendakwa mereka adalah syarikat yang pertama menerima lesen oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengendalikan perkhidmatan “bas atas permintaan” pada Disember 2022 dan kekal sebagai satu-satunya syarikat tempatan direka dan dibangunkan oleh pasukan kejuruteraan serta teknologinya sebagai sebahagian daripada platform Mobility-as-a-Service (MaaS), Trek.

Jelas penerangan dari bos SPRM Tan Sri Azam Baki bahawa penganugerahan projek itu tidak terdapat konflik kepentingan. Penjelasan beliau mudah kerana ia bukanlah penganugerahan dari kementerian Hannah Yeoh yang memberikan kontrak kepada syarikat suaminya, tetapi kerajaan negeri Selangor yang keputusannya oleh Menteri Besar.

Hannah Yeoh tidak mempunyai kuasa atau mempunyai kapasiti untuk memberikan kontrak projek itu.

Takrifan mudah konflik kepentingan ialah satu yang timbul apabila seseorang atau entiti mempunyai pelbagai kepentingan, salah satunya boleh mempengaruhi motivasi atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kepentingan lain; dan individu atau organisasi mempunyai kewajipan profesional atau peribadi yang bersaing atau kepentingan peribadi atau kewangan yang akan menyukarkan untuk memenuhi tugas mereka secara adil.

Dalam konteks projek DRT itu, sebenarnya ia bukanlah suatu jawapan yang mudah seperti YA atau TIDAK.  Ini kerana kerajaan Madani dipilih kerana perjuangan mereka berdasarkan reformasi dan ketelusan. Persoalan yang akan bermain difikiran rakyat ialah, adakah perjanjian ini mencerminkan janji reformasi DAP ?

DAP yang bersama Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum telah banyak berkempen menentang pemberian kepada tender awam kepada keluarga ahli politik dan menentang kronisme dan serta pilih kasih.

Beberapa pakar undang-undang bersetuju dengan Pesuruhjaya Tinggi SPRM itu bahawa tiada kesalahan atau konflik kepentingan secara langsung akan penganugerahan kontrak DRT, tetapi dari segi etika, ia dilihat bercanggah dengan kepentingan sekarang serta nilai yang diperjuangkan oleh DAP.

Untuk menunjukkan DAP mempunyai sikap perjuangan tanggungjawab yang ‘kata dikota’, langkah drastik perlu dibuat sekarang sama ada menterinya Hannah Yeoh atau suaminya itu sendiri perlu meletakkan jawatan masing-masing, atau untuk menjaga reputasi DAP untuk lebih lama memerintah, syarikat itu harus menolak terus akan penglibatan mereka dalam projek itu.

Jika tidak, ia bermakna satu lagi liabiliti terhadap kerajaan Madani akan ditanggung hinggalah ke Pilihanraya yang seterusnya. Rakyat berpendapat, bahawa sama sahaja sesiapa yang berkuasa, konflik kepentingan dan kelebihan kepada ‘menteri ini adalah bapa/isteri/anak saudara/cucu saya’, akan terus berlaku.

DAP perlu sedar bahawa Hannah Yeoh bukan sahaja memegang tampuk Kementerian Belia dan Sukan, tetapi beliau juga figura penting DAP, parti gabungan PH-BN dan seterusnya Kerajaan Madani.

Kerajaan negeri Selangor ditadbir oleh PH. Ini sudah cukup untuk menimbulkan syak wasangka yang relevan mengenai kewajaran pemberian kontrak itu.

Oleh itu, adalah bijak Azam Baki tidak mahu mengulas soal etika orang politik. Ia merupakan sindiran kepada ahli politik supaya tidak mempunyai kepentingan dalam perniagaan dengan kerajaan jika masih berkuasa.

Ditambah lagi dengan fakta bahawa tiada tender terbuka oleh kerajaan negeri akan projek DRT itu, langkah perlu diambil untuk mengurangkan kemungkinan dan persepsi penyalahgunaan.

Budaya mempertahankan ‘perkara persepsi negatif’ akan dilihat tidak bijak oleh rakyat. Namun kita memahami akan beberapa rakan di DAP mempertahankan isu ini. Perdana Menteri lebih bijak dalam menjawab isu ini dengan berkata beliau memberi kuasa penuh kepada SPRM, siasatan perlu telus dan pihak terlibat perlu bertanggungjawab jika terdapat salah laku.

PM : Terpulang pada SPRM untuk siasat syarikat suami menteri (berita-tular.com)

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img