spot_img
spot_img

Seorang lagi anak Tun M dipanggil SPRM beri keterangan

spot_img

Kuala Lumpur: Anak bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohammad hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan.

Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga ahli perniagaan hadir kira-kira jam 11 pagi tadi untuk direkod keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kehadiran individu terbabit.

- Advertisement -

“Ya, saya sahkan. Beliau hadir pagi tadi,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, tular ahli perniagaan yang juga anak ketiga kepada seorang bekas Perdana Menteri dipercayai akan hadir di SPRM.

Sebelum ini anak Tun Dr Mahathir iaitu Mirzan, yang juga abang kepada Mokhzani juga telah dipanggil untuk memberi keterangan.

- Advertisement -

Satu perintah notis disampaikan SPRM kepada beliau untuk melakukan pengisytiharan aset miliknya dalam tempoh 30 hari.

Perintah ini adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan SPRM : Syarikat Mirzan Mahathir beroperasi seperti biasa

Siasatan yang dilakukan oleh SPRM terhadap Mokhzani adalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Siasatan dilakukan SPRM terhadap ahli perniagaan ini dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

Syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya adalah Perdana Menteri.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img