spot_img
spot_img

Noh Omar kembali menjadi peguam

spot_img

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar aktif kembali dalam bidang guaman apabila menerima semula tauliah sebagai seorang peguam bela dan cara.

Noh yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang di laman Facebooknya memaklumkan, beliau menerima tauliah itu di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Kini beliau boleh menjalankan tugas di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret.

- Advertisement -

Noh sebelum menceburi bidang politik pernah terlibat dalam firma guaman Ahmad Famy & Noh dan menjadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan kemudian menyandang kerusi itu sehingga PRU 2022.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal itu digugurkan UMNO pada PRU November lepas sebelum dipecat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana melanggar disiplin parti.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img