spot_img
spot_img

Misbun latih skuad kebangsaan Thailand

spot_img

KUALA LUMPUR: bekas jurulatih badminton pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, iaitu Datuk Misbun Sidek kini sedang bersiap sedia untuk mencurahkan baktinya kepada suka badminton di Thailand.

Selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pengarah kejurulatihan remaja kebangsaan pada Ogos lalu, Misbun berkata beliau kini dalam fasa percubaan untuk menyandang jawatan jurulatih dalam skuad kebangsaan Thailand.

Bekas jaguh dunia badminton yang berusia 63 tahun itu berkata, Persatuan Badminton Thailand (BAT) memberi keyakinan penuh kepadanya untuk meningkatkan tahap badminton negara itu.

- Advertisement -

Misbun berkata beliau mengambil tawaran tersebut kerana menganggap ianya cabaran baharu dan menghargai pengiktirafan dari badan badminton Thailand.

Beliau tidak mendedahkan peranannya dalam skuad Thailand lagi tetapi berkata tugas itu hanyalah “untuk menguji” dan menyesuaikan diri dengan pasukan kebangsaan Thailand.

“Saya belum membuat keputusan muktamad. Sekarang ini saya mula mengenali budaya badminton di Thailand,” katanya.

- Advertisement -

Thailand berada di tempat ke 8 dalam senarai kuasa sukan badminton dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img