spot_img
spot_img

Kestabilan politik lebih baik di bawah Anwar

spot_img

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya mententeramkan ketidakstabilan politik negara dalam tempoh setahun lepas dan terbukti dalam melakar landskap politik baharu dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada prinsip demokrasi. Walaupun terdapat cubaan serta tentangan daripada pembangkang yang memainkan naratif perkauman dan agama, ia bukan perkara baharu bagi seorang figura politik seperti Anwar yang telah melalui banyak cabaran sepanjang karier politiknya.

Selepas tiada mana-mana parti mempunyai kemenangan majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Anwar berjaya muncul sebagai seorang yang sanggup menyambut usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

Kebijaksanaan dan pengalaman Anwar, dalam memimpin Pakatan Harapan (PH) berjaya meyakinkan Barisan Nasional (BN) dan parti politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bersama-sama menyertai pembentukan Kerajaan Perpaduan, sekali gus membawa kestabilan dan meredakan suhu politik, serta melicinkan urusan pentadbiran Putrajaya.

- Advertisement -

Kebolehan Anwar mengembalikan kestabilan politik bukan sahaja penting untuk meningkatkan keupayaan kerajaan membawa lebih banyak kebaikan kepada negara, malah turut memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi yang sebelum ini dianggap sakit, tenat dan telah hilang kayakinan akibat beberapa siri menumbang kerajaan yang berlaku melalui sokongan ahli parlimen semata-mata, pasca PRU14.

Namun Pengerusi PH itu masih berhadapan tugas sukar dalam mengemudi kestabilan bahtera Kerajaan Perpaduan. Rakyat Malaysia perlu memberi masa kepada Anwar. Dalam satu tahun mententeramkan suhu politik, boleh dikatakan ia adalah satu kebijaksanaan. Rakyat harus rasional. Namun negara masih di dalam belengu terbahagi demografi penduduk bandar dan luar bandar, serta mereka yang mengundi kerana kebolehan mentadbir atau hanya mengundi berdasarkan sentimen semata-mata. Demografi kedua itu mempunya besar majoritinya dan ia digunakan sepenuhnya oleh parti pembangkang kini (mereka yang menyokong sentimen kaum dan agama).

Kerajaan PH1.0 dan Perikatan Nasional dahulu sentiasa berada di dalam keadaan ragu-ragu mengenai keabsahan mereka. Kini, ragam politik tanpa henti itu tidak berlaku di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sokongan kuat di Parlimen, jadi fokus sepenuhnya boleh ditalakan kepada pembangunan negara.

- Advertisement -

Kabinet Anwar mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

Ada muka baru dan menteri yang berpengalaman dalam Kerajaan Perpaduan, ini satu bonus dan hasilnya pelbagai dasar baharu seperti Ekonomi Madani dan lain-lain yang menyentuh kepentingan serta kebajikan rakyat boleh diperkenalkan dalam tempoh singkat.

Namun para menteri baharu terutamanya dari PKR yang memegang portfolio penting harus lebih berganda usahanya bagi menghasilkan perubahan yang akan dapat dirasai oleh keseluruhan masyarakat di negara ini. UMNO juga harus diberi ruang untuk memainkan suara yang lebih besar dalam isu orang Melayu bagi mengimbangi tahap agresif parti pembangkang yang hanya fokus kepada naratif Melayu dan Islam. Anwar harus kerap berdiskusi dengan rakannya DAP supaya parti bukan Melayu itu tidak terlalu ke depan, kerana ini adalah realiti. Apabila minoriti dilihat terlalu kuat, ia akan menggusarkan penduduk majoriti. Kerajaan perpaduan perlu lebih bijak di dalam soal ini.

Di pentas antarabangsa pula, Anwar yang merupakan anak jati Cherok Tok Kun, Pulau Pinang, kini berusia 76 tahun itu berjaya menaikkan semula nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi ucapan pada pelbagai persidangan antarabangsa yang mendapat perhatian dunia pada ketika ini, yang tegas dan lantang membela nasib dan hak rakyat Palestin ekoran konflik di Gaza. Ucapan beliau tanpa teks, ia lebih telus menzahirkan apa yang patut disuarakan.

Dengan berterusan mentadbir hingga tamat penggal, lebih kurang empat tahun lagi, Anwar boleh mengukuhkan lagi kerajaan perpaduan dan akan mendapat sokongan lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang.

Setakat ini, empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Penganalisis politik percaya selepas ini lebih ramai ahli Parlimen akan menyatakan sokongan kepada Anwar, kerana kestabilan negara adalah sesuatu yang diidamkan oleh semua lapisan masyarakat untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Ini juga dapat dilihat dari kukuhnya hubungan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

 

Pendapat meja editorial tidak melambangkan pendirian atau sokongan Berita Tular 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img