spot_img
spot_img

Apa pasukan polis tidak boleh hidup senang ?

spot_img

Kecoh baru-baru ini berkenaan perihal Polis Diraja Malaysia (PDRM). Daripada ketua bahagian siasatan jenayah yang videonya tular dalam memberi ucapan tegas kepada para anggota hinggalah tentang kecurian jam Rolex pegawai polis oleh isterinya.

Media negara kita seperti biasa suka mengambil peluang akan topik-topik yang hot tetapi tidak membina masa depan negara, demi untuk menarik rating, pembaca, komen dan likes di sosial media mereka.

Persoalan sebenar yang perlu kita ketengahkan dan fikir dengan mendalam adalah bukan soal kemewahan atau hidup senang para anggota PDRM yang perlu disiasat, tetapi berkenaan kebajikan mereka, gaji yang tinggi serta kemudahan-kemudahan lain harus diberi perhatian.

- Advertisement -

Kita mahu PDRM dihormati masyarakat dan digeruni. Tidak boleh diperkotak-katikkan. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membina pasukan PDRM yang kuat. Ia bermula dari soal kebajikan mereka.

Para anggota PDRM setiap hari berurusan dengan masyarakat awam, penjenayah dan sehingga boleh membahayakan nyawa mereka. Anggota PDRM juga manusia yang mempunyai keinginan untuk hidup senang dan memberi kebahagian kepada keluarga mereka seperti kerjaya lain.

Jika gaji masih ‘miskin kampung’, rumah para anggota yang daif, cuba kita bayangkan tahap moral para anggota PDRM kita. Para menteri cuba lah jenguk-jenguk kebajikan keluarga dan tempat tinggal anggota yang masih berkhidmat. Terutamanya di kawasan bandar. Rasanya sudah perlu dinaik tarafkan kediaman mereka supaya lebih sesuai dengan zaman ini.

- Advertisement -

Gaji para anggota serta insentif tambahan perlulah dinaikkan dengan ketara. Mereka adalah frontliners para rakyat. Jika pasukan PDRM gembira, ‘dapur’ di rumah serba lengkap, simpanan masa depan terjamin, rakyat percaya, masalah rasuah dapat dihapuskan dikalangan segelintir anggota dan khidmat anggota pasti akan lebih cemerlang.

Hamizin, Selayang

Hormat pasukan keselamatan negara 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img