spot_img
spot_img

TMJ – ‘Perintis bolesepak Malaysia era moden’

spot_img

KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata beliau adalah perintis kepada bola sepak moden negara.

Tambahnya, jika bukan dirinya memulakan segala-galanya, semua orang yang mentadbir bola sepak tidak mempunyai idea.

Contohnya baginda berkata tiada satu pasukan pun sebelum ini mempunyai pusat latihan dan stadium sendiri, hanya selepas JDT ditubuhkan, maka setiap pasukan ingin memiliki perkara yang sama.

- Advertisement -

“Apabila saya tubuhkan JDT barulah semua terkejar-kejar nak ada stadium sendiri dan pusat latihan. Barulah ada ke Asia bossku mentality.

“Itupun masih ada yang tak nak tukar rumput dan masih nak pakai rumput lembu/cow-grass. Hakikatnya jikalau saya tak mulakan, semua tak buat apa apa atau buat tak tahu.

“Sekarang apa yang saya buat semua ikut. So semua pasukan lawan dan penyokong bola sepak tanah air tidak boleh menafikan iaitu saya adalah perintis/pioneer bola sepak Malaysia.

- Advertisement -

“Ini bukan masuk bakul angkat sendiri, ini adalah fakta,” tulisnya di akaun Instagram milik baginda.

(Instastory TMJ)

Dalam hantaran sama, Tunku Ismail turut menegaskan hanya orang bijak sahaja tahu membezakan pasukan yang berjaya di zaman moden ataupun semi-pro.

“Apabila 11 tahun semua berbelanja berjuta-juta beli pemain import untuk kalahkan JDT.

“Anda semua terlepas pandang investment yang kecil dalam segi komersial, pembangunan bola sepak dan infrastruktur bola sepak yang boleh membantu kelab anda bertahan lama.

“Orang panggil ‘basic foundation‘. Kestabilan adalah kunci kejayaan,” katanya lagi tanpa memperincikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img