spot_img
spot_img

Lewis mahu RM1.4 bilion dan 5 tahun kontrak untuk kekal di Mercedes Petronas

spot_img

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menuntut kontrak lima tahun bernilai 250 juta pound (RM1.47 bilion) jika pa­sukan Mercedes Petronas mahu me­nyambung khidmatnya.

Dipetik dari akhbar Britain, Daily Mail melaporkan, pemandu Britain itu mahu berlumba sehingga berusia 43 tahun, namun Mercedes Petronas belum memutuskan sama ada mereka bersedia untuk menerima tuntutannya.

Menurut sumber yang rapat dengan rundingan itu, Hamilton, 38, tidak akan menerima perjanjian baharu sekiranya hanya ditawarkan tempoh sambungan setahun sahaja.

- Advertisement -

“Mereka mungkin perlu mencapai kompromi (dengan pemandu lain), biarpun George (Russell) menerima idea bergandingan dengan Lewis lagi untuk beberapa tahun tetapi George mungkin enggan berada dalam bayang-bayang rakan sepasukannya bagi jangka panjang.

Dikhabarkan Lewis juga berminat dengan pasukan Ferrari namun tidak pasti rundingan kedua-dua pihak berlaku atau tidak, namun yang pastinya menurut sumber itu Lewis mungkin terfikir bahawa satu-satunya harapan untuk memenangi gelaran dunia kelapannya adalah dengan kekal di tempat sekarang.

Ketua pasukan Mercedes Petronas, Toto Wolff sebelum ini bersetuju akan membincangkan isu kontrak selepas musim 2022 berakhir, namun kini ketika saingan 2023 sudah memasuki separuh pusingan kedua-dua pihaknya belum mencapai penyelesaian dengan Lewis Hamilton

- Advertisement -

(Ketua prinsipal pasukam F1 Mercedes Petronas dan juga pemilik – Toto Wolf)

Dengan rundingan Mercedes Petronas bersama Lewis belum menghampiri penyelesaian, pastinya ia akan menjadikan situasi Mercedes-Hamilton semakin ‘panas’ menjelang Grand Prix Kanada esok.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img