spot_img
spot_img

Azizul kritik Majlis Sukan Negara

spot_img

KUALA LUMPUR: Harapan emas Olimpik negara, Azizulhasni Awang kecewa kerana beliau telah dibiarkan tanpa keputusan mengenai permintaannya untuk mendapatkan khidmat sokongan dalam persiapannya untuk Sukan Olimpik di Paris 2024 tahun depan.

Azizul, dipetik dari Facebook peribadinya hari ini, berkata beliau dijanjikan latihan dan sistem sokongan yang lebih baik berbanding tempat latihan utamanya di Melbourne Australia, tetapi tiada apa tindakan dari Majlis Sukan Negara (MSN) sejak beliau kembali ke Malaysia pada Januari tahun ini.

Atlet berusia 35 tahun itu mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan pegawai MSN lebih daripada 10 kali tetapi keputusan dan tindakan mereka tidak memuaskan.

- Advertisement -

Beliau yang terkenal dengan jolikan The Pocket Rocketman menambah, jika beliau tidak mendapat sokongan yang diperlukan di Malaysia, beliau sanggup balik ke Melbourne untuk membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris, yang hanya tinggal setahun lagi.

Azizul juga berkata pegawai MSN tidak memberi penyelesaian, serta jawapan mereka mengecewakan dirinya. Beliau berkata ia merupakan suatu sikap yang tidak profesional ditunjukkan oleh pegawai MSN untuk membiarkan perkara ‘tergantung’ tanpa keputusan atau tindakan untuk tempoh yang lama.

- Advertisement -

“Prestasi tinggi jenis apa ini? Mari kita buat perbincangan terbuka dan beritahu saya terus apa yang mereka boleh sediakan atau tidak, jadilah gentleman, tetapi sehingga kini tiada siapa yang berjumpa dengan saya”, luah atlet berprestasi tinggi itu.

Beliau menegaskan dirinya tidak boleh membuang masa jika tiada tindakan dari MSN untuk membantunya. Jadi untuk kembali berlatih di Melbourne adalah pentinf kerana ia lebih berkesan dan boleh memberi tumpuan kepada latihan tanpa gangguan berbanding masalah ‘politik dalam sukan’.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan kembali ke Malaysia kerana menganggap seperti satu langkah ke belakang kepada persiapannya, di mana beliau boleh berlatih di Melbourne dan berlatih sebentar di Malaysia untuk kem atau latihan khusus seperti amalan kebanyakan atlet di Eropah.

Azizul berkata, beliau sebenarnya bercadang untuk pulang ke Malaysia selepas bersara daripada sukan lumba basikal, tetapi pulang awal atas permintaan MSN.

Azizul berkata “Saya pernah berlatih dengan penunggang basikal Australia sepanjang berada di sana dan saya bersyukur kerana bekas jurulatih gim saya, Martyn Girvan menaja saya untuk menggunakan gim berprestasi tingginya.

“Saya berjaya kembali ke peringkat dunia dalam tempoh kurang setahun selepas pembedahan saya dan saya berjaya memenangi pingat perak keirin dalam Piala Negara Trek UCI Jakarta pada Februari”, katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img