spot_img
spot_img

FIFA batal Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia bawah 20 tahun

spot_img

LAUSANNE: FIFA mengumumkan semalam bahawa mereka membatalkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) berikutan kebimbangan politik membabitkan penyertaan Israel. Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dan tarikh kejohanan masih belum berubah, menurut FIFA.

FIFA membatalkan program undian kejohanan tersebut di Bali tanpa memberikan sebab atau menetapkan tarikh baharu.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik secara formal dan Indonesia memberikan sokongan buat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Indonesia memiliki penduduk Muslim paling ramai di dunia dan mereka menolak sebarang pembabitan dengan pasukan Israel.

- Advertisement -

Selain kerajaan Bali meminta Israel disingkirkan daripada kejohanan, ratusan penduduk Muslim melakukan demonstrasi di ibu kota Jakarta bulan ini sebagai protes terhadap pembabitan negara itu.

Pegawai kerajaan Indonesia awal minggu ini berkata kegagalan untuk menganjurkan kejohanan berkenaan boleh menyebabkan penggantungan dan mereka boleh disingkirkan daripada kejohanan antarabangsa lain termasuk Piala Dunia dan Piala Asia.

Mereka berkata kegagalan boleh menyebabkan kerajaan rugi dalam aspek ekonomi membabitkan trillion rupiah.

- Advertisement -

FIFA menambah bahawa sebarang sekatan terhadap Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) “mungkin akan ditentukan pada tahap seterusnya.”

Indonesia ialah ahli FIFA, jadi bagi pembabitan dalam bola sepak antarabangsa, Indonesia perlu mengikut peraturan badan induk itu. FIFA telah membuat keputusan bahawa dalam keadaan semasa, ia tidak boleh diteruskan.

Pasukan Indonesia bawah 20 tahun layak secara automatik untuk kejohnan itu kerana menjadi tuan rumah tetapi kini akan kehilangannya apabila tuan rumah baharu dipilih.

Israel layak ke kejohanan berkenaan buat pertama kali selepas pusingan akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun Eropah selepas mereka menamatkan kedudukan di tangga kedua di belakang England.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img