test
spot_img
spot_img

Yang mana lebih ‘racist’ ? Tweet bau di stadium atau bimbang Melayu ramai di sektor kerajaan ?

spot_img

Pulau Pinang : Isu-isu perkauman di negara ini tidak pernah pudar. Dari parti politik hingga ke pendidikan, masing-masing ingin menjaga hak masing-masing. Seperti biasa, yang majoriti terpaksa mengalah.

Cuba kita renung dan tanya kembali, yang manakah lebih serius antara dua isu ini; pemain hoki kebangsaan wanita Melayu, yang tersilap, mengaku, memohon maaf, tweet ‘berbau di stadium’ semasa konsert, tanpa menyebut mana-mana bangsa, atau kebimbangan seorang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang bimbang orang Melayu ramai bekerja di sektor kerajaan ? Yang manakah lebih racist ?

Digantung gara-gara komen ‘bau ketiak’

- Advertisement -

Adakah orang Melayu menghalang bangsa lain untuk bekerja di sektor kerajaan ? Atau bangsa lain tidak berminat kerana mereka bercita-cita tinggi untuk bergaji besar, walhal sektor kerajaan sudah sedia maklum bergaji kecil. Orang Melayu sikapnya mudah bersyukur jika hidupnya selesa walaupun bergaji kecil. Adakah ini salah orang Melayu ?

Apakah masalah kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu kalau orang Melayu ramai sekali pun di sektor kerajaan ? Adakah perniagaan atau kehidupan bukan Melayu menjadi sukar ? Adakah harta kekayaan bukan Melayu dicuri oleh pekerja kerajaan orang Melayu ?

DAP perlu pecat Ramasamy jika jujur dengan gabungan kerajaan perpaduan

- Advertisement -

Orang Melayu tidak pernah bising kenapa semua shopping mall, bengkel kereta, kedai perabot, firma guaman, sektor kewangan, perkilangan, telur ayam, penternak ayam, bekalan sayur, peraih ikan nelayan dan banyak lagi semuanya dikuasai oleh bukan Melayu.

Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan Madani ini, yang mana lebih racist ? Tweet bau di stadium hingga pemain hoki wanita kebangsaan Melayu itu digantung daripada beraksi mewakili negara, atau seorang Timbalan Ketua Menteri yang ‘takut’ orang Melayu ramai berkhidmat sebagai pekerja di sektor kerajaan ?

 

Kerajaan Permaidani – Tambun

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img