spot_img
spot_img

Digantung gara-gara komen ‘bau ketiak’

spot_img

GARA-gara mengeluarkan komen sensitif di media sosial, pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.

Hannah Yeoh mahu laporan pemain hoki dikatakan ‘racist’

- Advertisement -

Jawatankuasa Siasatan dipengerusikan secara bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal telah memanggil Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 untuk sesi temu bual bagi membantu siasatan isu berkenaan.

Hasil daripada sesi itu dan setelah memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, jawatankuasa merumuskan Hanis Nadiah memuat naik komen berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.

“Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis Nadiah bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain.

- Advertisement -

“Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain,” menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana membuat komen mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika badan induk hoki itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, KHM akan menilai semula keputusan berkaitan pemain berusia 26 tahun itu sekiranya beliau mempamerkan perubahan sikap yang positif.

Sumber : Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img