spot_img
spot_img

DAP perlu pecat Ramasamy jika jujur dengan gabungan kerajaan perpaduan

spot_img

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy yang menggesa sektor perkhidmatan awam direformasikan kerana didominasi kaum Melayu disifatkan sebagai kontroversi yang tidak menguntungkan kerajaan, rakyat atau negara. Kenyataan itu lebih bersifat untuk dirinya kekal relevan dalam sokongan ‘bukan Melayu ekstrem’ yang mungkin ada di dalam parti DAP.

Jika tiada tindakan diambil, DAP seolah-olah tidak menghormati UMNO terutamanya di dalam gabungan kerajaan perpaduan kerana kenyataannya akan merosakkan sokongan Melayu terhadap UMNO sekaligus menggugat kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. UMNO telah berkorban besar dengan menyingkirkan pemimpin-pemimpinnya yang tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan, dan adakah ini balasan dari DAP ? Adakah DAP tidak belajar dari agresifnya mereka dan keceluparan semasa pemerintahan PH 22 bulan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lalu ?

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf berkata, lebih malang, kenyataan tersebut mungkin menjadi liabiliti kepada semua pihak termasuk Pakatan Harapan (PH) sendiri.

- Advertisement -

(Abshar Nurasyraf – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan)

Katanya, ini bukan kali pertama Ramasamy mengeluarkan kenyataan sebegitu, malah sudah dibuat berulang kali.

- Advertisement -

Abshar menambah, dalam usaha negara menuju ke arah menuju Malaysia Madani, sebagai pemimpin nombor dua di negeri Pulau Pinang kenyataan itu berniat merosakkan halatuju kerajaan. Ramasamy dikatakan cuba ‘mencurah minyak ke api’ dengan tujuan untuk mencari perhatian dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu.

Beliau mahu semua pihak bertenang dan tidak melayan penerbitan murah yang keluar daripada mulut individu Ramasamy.

“Tindakan memecat beliau juga sewajarnya dilakukan pada ketika ini untuk memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang lebih berkaliber dan layak untuk menjadi orang nombor dua di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abshar turut mengingatkan tunjang terhadap kekuatan dan kesepaduan yang dizahirkan oleh rakyat Malaysia pada hari ini wujud hasil daripada perpaduan rakyatnya. Justeru, ia sepatutnya kita semarakkan, bukan dipecahkan.

Untuk rekod, pada 9 Julai 2014, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan. Beliau patut didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan ucapan tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang . Ucapan itu sebagai reaksi daripada amaran peringatan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin turut melihat kenyataan Ramasamy dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara. Beliau membuat laporan polis di laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya lebih tegas.

Dalam kenyataan balas DAP, Setiausaha Agungnya Anthony Loke hanya berterima kasih pada kritikan-kritikan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu dan berkata akan menguruskannya mengikut cara dalaman DAP sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi juga senada dengan Anthony Loke dengan berkata Ramasamy tidak perlu dilayan dan biar kepimpinan DAP memutuskan tindakan ke atas Ramasamy.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Md Jidin menegur pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak sesekali menghina penjawat awam.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img