spot_img
spot_img

Mastercard sertai urusniaga matawang digital

spot_img

Mastercard Inc melancarkan perkhidmatan yang membolehkan pengguna membeli dan menjual aset digital melalui akaun bank mereka, yang berpotensi membuka jalan kepada beribu-ribu firma kewangan untuk menawarkan servis dagangan crypto buat kali pertama.

Produk itu, dipanggil Crypto Source, akan bermula di AS, Israel dan Brazil awal tahun depan melalui program perintis, kata Ajay Bhalla, presiden siber dan perisikan Mastercard, dalam satu temu bual. Beliau enggan menyatakan bank mana yang akan menjadi yang pertama mengambil bahagian.

Walaupun bank telah ‘berjinak-jinak’ kepada crypto sejak beberapa tahun kebelakangan ini,  namun sebahagian besar bank mengelak daripada memegang mata wang maya untuk menawarkannya kepada pelanggan runcit mereka kerana bimbang berkenaan keselamatan dan peraturan kawal selia yang belum tersusun. Tetapi dengan beribu-ribu rakan kongsi bank, perkhidmatan Mastercard boleh membantu mata wang kripto memperoleh lebih banyak pengguna arus perdana.

- Advertisement -

Mampu membeli kripto dari bank anda sendiri adalah apa yang pengguna atau pemegang akaun bank semua perlukan.

Crypto Source akan ditawarkan melalui perkongsian dengan syarikat aset digital Paxos Trust Co, yang akan menyediakan perkhidmatan perdagangan mata wang maya dan penjagaan bagi pihak bank. Ini bermakna pemberi pinjaman tidak akan memegang aset pada kunci kira-kira mereka.

Kemeruduman dalam pasaran mata wang kripto telah mencetuskan kebankrapan, pemberhentian dan kegagalan dalam sektor tersebut. Kerugian itu telah menghapuskan hampir AS$2 trilion daripada nilai pasaran crypto, tetapi masih belum menghalang firma kewangan besar daripada menawarkan produk dan perkhidmatan mereka dalam sektor ini. Akhir bulan lepas, sebagai contoh, pengendali bursa Nasdaq Inc berkata ia akan mula menawarkan perkhidmatan penjagaan aset digital kepada pelanggannya.

- Advertisement -

Produk ini adalah percubaan terbaru Mastercard dalam mata wang kripto. Syarikat itu berkata pada bulan Februari lalu, mereka akan mengupah lebih daripada 500 orang tahun ini, kerana ia perlu mengembangkan unit data dan perkhidmatannya, usaha yang akan  melancarkan urusniaga yang tertumpu pada crypto.

Tahun lepas, syarikat Purchase, yang berpangkalan di New York memudahkan bank menawarkan ganjaran mata wang kripto pada kad kredit dan debit mereka dengan menandatangani perjanjian dengan Bakkt. Mastercard juga mula membenarkan syarikat permulaan (start-up) yang fokus mereka adalah kepada aset kripto dan digital untuk menyertai program Start Path, yang memberikan syarikat baru akses kepada eksekutif dan teknologi rangkaian untuk membantu mereka berkembang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img