spot_img
spot_img

Tidak berkesan kempen secara digital – PRN Sabah

spot_img

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui strategi kempen politik menggunakan media sosial tidak akan memberikan kesan besar dalam Pilihan Raya Negeri (Sabah) berikutan keterbatasan liputan internet.

Mohd. Shafie berkata, berikutan itu, sebanyak 80 peratus pendekatan yang digunakannya ketika berkempen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang adalah dengan cara bertemu sendiri dengan para pengundi.

“Saya gunakan bertemu rakyat 80 peratus. Media sosial ada orang yang tiada telefon pintar. Ada telefon sekalipun tiada liputan. Jadi pasal itu saya lawat kampung-kampung berjumpa mereka. 

- Advertisement -

“Sekurang-kurangnya mereka dengar suara saya. Mereka juga nampak cahaya muka kita. Ini penting, saya tahun mereka rindukan Warisan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mentaritip, Semporna.

Mohd. Shapie berdepan saingan lima penjuru termasuk daripada anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).-UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img