spot_img
spot_img

Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu – ROS

spot_img

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu adalah sah.

Sehubungan itu, dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarkan agensi itu, menjelaskan bahawa pemangkuan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas jawatan pengerusi parti itu juga sah.

Surat itu memaklumkan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu hingga diadakan semula pemilihan pengerusi selaras dengan perlembagaan BERSATU.

- Advertisement -

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan – iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi BERSATU adalah sah.

“Pemangkuan jawatan Pengerusi BERSATU oleh Muhyiddin, Presiden BERSATU adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan BERSATU sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” jelas surat itu.

Surat itu menjelaskan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu berdasarkan artikel 16.9 perlembagaan BERSATU yang membenarkan keputusan itu dibuat.

- Advertisement -

ROS juga memaklumkan penilaian ini dibuat berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

Beberapa pemimpin BERSATU sebelum ini menyatakan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi BERSATU tidak sah dan bekas Perdana Menteri itu masih menyandang jawatan itu hingga kini.

Dr Mahathir pada Februari meletakkan jawatan Pengerusi BERSATU selepas tidak berpuas hati dengan pendirian partinya yang keluar dari Pakatan Harapan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img