spot_img
spot_img

BlackRock : MAHB untung, kenapa perlu dijual pegangannya ?

spot_img

Parlimen 26 Jun : Perdana Menteri masih belum menjawab soalan paling utama dalam memberi pegangan kepada BlackRock melalui syarikat barunya GIP untuk memiliki 30% kepentingan dalam lapangan terbang Malaysia (MAHB), iaitu, lapangan terbang negara sedang membuat keuntungan bukan kerugian, jadi apa rasionalnya perlu suntikan asing ?

Soalan ini juga diutarakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun Dr Mahathir Mohammad, yang merupakan pangasas kepada dasar penswastaan di negara ini.

BlackRock : Tekanan dalam negara dan dunia terhadap Anwar memuncak (berita-tular.com)

- Advertisement -

Hakikat bahawa BlackRock hadir di negara ini pada 2021 dengan pelaburan di rantau ini berjumlah RM2.57 bilion bukan alasan untuk Anwar mempertahankan kemasukan syarikat itu melalui GIP sebagai pemegang saham dalam MAHB. Walaupun Anwar mempertahankan hubungan kerajaan dengan syarikat AS, beliau tidak menjawab soalan sah mengapa GLC yang menguntungkan seperti MAHB perlu diswastakan.

Parti komponen kerajaan Madani, UMNO juga berbelah bahagi di dalam kepimpinan mereka di dalam soal ini, hingga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersama Anwar di dalam isu BlackRock untuk memiliki kepentingan 30% itu, tidak sama pandangan dengan Timbalannya serta ketua sayap Pemudanya.

BlackRock : Presiden dan kepimpinan UMNO saling tidak bersependapat (berita-tular.com)

- Advertisement -

Anwar perlu menunjukkan komitmennya terhadap perjuangan Palestin dengan menghentikan penjualan saham kepada GIP milik BlackRock. Jika tidak, ia tidak ubah seperti rejim Arab lain di sekeliling Palestine yang hanya bercakap tetapi masih mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Zionis Israel.

Mengapa perlu menswastakan sedangkan MAHB mengaut keuntungan? Mengapa perlu menswastakan dan mendedahkan lapangan terbang Malaysia kepada warga asing yang mungkin mempunyai niat jahat terhadap keselamatan negara kita?

Lapangan terbang adalah aset strategik yang perlu dilindungi daripada mereka yang mungkin mempunyai kepentingan lain. Sudah tentu tidak perlu memberi syarahan kepada Anwar mengenai perkara ini.

Pihak pembangkang juga tidak boleh mengambil isu ini sebagai peluang politik. Ini kerana merekalah secara diam menjemput BlackRock secara rahsia ke negara ini pada tahun 2021. Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh menyerang kerajaan Madani dan masih berpura-pura bahawa BlackRock baharu ingin melabur di Malaysia.

Malaysia masih belum terlambat untuk menghentikan penswastaan ​​MAHB, melainkan kerajaan menyembunyikan kebenaran.

Walaupun penswastaan ​​boleh diterima, mengapa menjemput syarikat jahat seperti BlackRock untuk membeli saham secara langsung atau tidak.

Hujah Anwar bahawa walaupun BlackRock membuat pelaburan, keputusan berada di tangan GIP tidak boleh diterima sama sekali. Perdana Menteri memberi alasan yang seolah-oleh rakyat Malaysia tidak bersekolah.

Reputasi global BlackRock terlalu terkenal untuk Anwar menolak dakwaan mengenai peranan syarikat itu dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Anwar mahu menonjolkan dirinya sebagai juara Palestin, tetapi apabila ada peluang untuk menolak BlackRock dengan darah rakyat Palestin, beliau tidak melaksanakannya, semata-mata atas dasar ‘perdagangan’. Jadi apakah bezanya Anwar dengan pemimpin Mesir, Jordan, UAE, Saudi, Turki dan negara-negara Islam lain di sekeliling Palestine ?

Ini akan lebih menonjolkan lagi latarbelakang Anwar yang dikatakan oleh musuh politiknya bahawa, sejak penglibatannya dalam krisis kewangan Asia 1997 sehingga hari ini, beliau adalah seorang yang pro-AS.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img