London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Bank Islam kerjasama dengan Nomura untuk tawaran produk kewangan patuh syariah

spot_img

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Nomura Asset Management Malaysia (Nomura) bagi memperluaskan penawaran produk patuh syariah melalui enam produk pelaburan.

Dana berkenaan termasuk Dana Ekuiti Semikonduktor Syariah Global Nomura, Dana Ekuiti Lestari Syariah Global Nomura, Dana Pertumbuhan Strategik Syariah Global Nomura, Dana i-Income Nomura, Dana i-Cash Nomura, dan Dana i-Income Nomura 2.

Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Sarah Muttalib berkata, bank itu komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif dan relevan untuk para pelanggan sebagai sebuah bank yang memacu kemakmuran untuk semua.

- Advertisement -

“Nomura selari dengan nilai-nilai Bank Islam dan terkenal dengan komitmennya terhadap kelestarian dan amalan beretika yang berasaskan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Bersama-sama, kami berhasrat untuk menawarkan penyelesaian pelaburan inovatif yang memenuhi aspirasi kewangan pelanggan serta memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU tersebut di sini, semalam.

Jelas beliau, Bank Islam menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang daripada pengumpulan kekayaan dan perancangan perlindungan kepada strategi persaraan.

- Advertisement -

“Tawaran Pengurusan Kekayaan Islam kami berteraskan konsep ‘Dari Buaian ke Akhirat’ yang inklusif memenuhi keperluan pelanggan Islam dan bukan Islam.

“Kami berdedikasi untuk meningkatkan peluang untuk pelabur tempatan dengan meluaskan akses kepada pilihan pelaburan patuh syariah, memperkasakan mereka untuk membuat keputusan kewangan bermaklumat dan beretika,” katanya.

Beliau berkata, Bank Islam menawarkan perkhidmatan kewangan  komprehensif, disesuaikan dengan keperluan pelbagai pelanggan dan portfolionya melangkaui Pelaburan Amanah Saham iaitu dana patuh syariah Nomura, termasuk perlindungan takaful, perancangan harta pusaka, produk pasaran modal dan lain-lain.

“Bank Islam juga memperkenalkan Perbankan Kekayaan Premier yang direka khas untuk pelanggan yang mencari tahap kepakaran yang tinggi.

“Perbankan Kekayaan Premier adalah satu daripada pilar yang ingin kami kembangkan. Ia merangkumi beberapa prinsip asas seperti pengumpulan kekayaan, pemeliharaan kekayaan, pemurnian kekayaan dan pengagihan kekayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. dan Ketua Perniagaan Negara bagi Nomura di Malaysia, Leslie Yap berkata, Nomura bersama Bank Islam memperluaskan capaiannya kepada pangkalan pelabur yang lebih luas.

“Ini seiring dengan peningkatan permintaan terhadap dana patuh syariah dan mampan dalam kalangan pelabur.

“Sebagai rakan kerjasama yang ideal untuk mengagihkan dana kami, Bank Islam memiliki pengalaman yang luas dalam industri kewangan Islam serta rangkaian pengedaran yang kukuh,” katanya.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img