spot_img
spot_img

‘Fitnah kasino’ akan dipenjara, tetapi bagaimana dengan sumber Bloomberg ?

spot_img

PUTRAJAYA (1 Mei): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran semalam bahawa mana-mana pihak yang mengaitkan beliau, kerajaan dan Yang Dipertuan Agong (YDPA) dengan projek kasino di Forest City akan berdepan tindakan undang-undang.

Anwar juga menegaskan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, tidak pernah mencadangkan pusat perjudian di Forest City.

Anwar membangkitkan perkara ini kerana beberapa individu telah membuat tuduhan dan menyebarkan fitnah berhubung isu kasino.

- Advertisement -

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik sumber yang mendakwa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City, yang terdiri daripada pengasas Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting minggu lepas.

Kerajaan bercadang untuk membina kasino di Forest City ?

 

- Advertisement -

Laporan agensi berita luar negara itu juga mendakwa wakil Sultan Ibrahim dan pegawai kanan kerajaan lain hadir pada mesyuarat itu.

Laporan itu mendakwa perbincangan mengenai projek kasino itu masih di peringkat awal.

Hingga berita ini ditulis, pihak kerajaan masih belum meminta penjelasan dari agensi berita Bloomberg dari mana mereka mendapat sumber itu. Hanya beberapa aktivis tempatan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Ini kerana semua mereka yang didakwa itu telah menyebeut bahawa mereka memetik sumber dari Bloomberg.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img