spot_img
spot_img

PM nafi usaha bina kasino di Forest City

spot_img

PUTRAJAYA, 25 Apr — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa pentadbirannya sedang berbincang dengan bilionair tempatan untuk membuka kasino ke dua negara, di Forest City, Johor.

“Mereka yang menimbulkan idea mengenai lesen kasino bercakap bohong, itu tidak betul,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di sini pada majlis rumah terbuka Hari Raya bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Komunikasi.

Perdana menteri menjawab laporan berita Bloomberg yang dipetik oleh Berita Tular dan beebrapa media tempatan, sebagai berkata bahawa pembukaan kasino akan memulihkan projek hartanah AS$100 bilion (RM478.35 bilion).

Kerajaan bercadang untuk membina kasino di Forest City ?

- Advertisement -

Menurut agensi berita nasional Bernama, 70 peratus daripada pembangunan hartanah di Forest City di Iskandar Puteri, Johor telah dijual dalam tempoh dua tahun lalu dan dijangka terus meningkat dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Pada Januari 2024, Anwar dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara kedua-dua negara.

- Advertisement -

September lalu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penubuhan JS-SEZ yang mencontohi Zon Ekonomi Shenzhen di China, yang berjaya mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM1.93 trilion pada 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img