spot_img
spot_img

Pemimpin Melayu PKR tawar jadi peguam bela Dr Akmal Salleh

spot_img

JOHOR BARU: Seorang pemimpin Melayu dari parti PKR menawarkan diri untuk menjadi peguam bela mewakili Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh, yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika beliau didakwa.

Tawaran itu ditanyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim. Beliau berkata Dr Akmal tidak sepatutnya disiasat di bawah undang-undang ini kerana kedua-duanya bersifat “kuku besi” dan sering dilabelkan sebagai “draconian” atau dalam bahasa Melayu ialah zalim.

“Pakatan Harapan pernah berjanji dalam manifesto kami untuk memansuhkan Akta Hasutan dan meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang terlalu luas, kabur dan terbuka kepada penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

- Advertisement -

“Ketua Pemuda Umno itu perlu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang lebih adil dan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu (6 April).

Tambahnya, mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan Dr Akmal, tetapi haknya untuk bercakap dan menyatakan pendiriannya mengenai stokin kontroversi itu patut dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan setiap rakyat berhak untuk kebebasan bersuara.

“Saya secara peribadi telah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan tahu betapa kejamnya ia.

- Advertisement -

“Sebagai seorang peguam dan ahli parlimen yang ingin melihat Akta Hasutan dimansuhkan di Malaysia, saya dengan ikhlas menawarkan diri, sekiranya Dr Akmal sudi dan bersetuju menerima tawaran saya, untuk menjadi salah seorang peguam bela dalam pasukan peguamnya sekiranya beliau masih tertuduh di bawah Akta Hasutan,” tambahnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Fahysal telah menyatakan sokongan dan bersoladariti dengan Ketua Pemuda UMNO itu dalam perjuangan isu stokin Kalimah Allah yang dijual di pasaraya KK Mart.

Pemuda Bersatu bersolidariti bersama Dr Akmal Salleh

Semalam selepas tibanya dari Kota Kinabalu, Dr Akmal Salleh yang juga ADUN Merlimau , Melaka itu berkata boikot akan tetap diteruskan terhadap pasaraya KK Mart hingga perasaan umat Islam reda dari marah akibat penjualan stokin kalimah Allah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img