spot_img
spot_img

Pemuda Bersatu bersolidariti bersama Dr Akmal Salleh

spot_img

Kota Kinabalu : Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) mengeluarkan kenyataan  rasmi melalui ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal bahawa mereka bersimpati dan bersolidariti bersama Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh di atas penahanan beliau di sini semalam.

Dr Akmal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan berkenaan isu ‘stokin Kalimah Allah’ walaupun masa telah ditetapkan untuk beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi apabila pulang ke Kuala Lumpur hari berikutnya.

Wan Ahmad Fayhsal mempersoalkan penahanan Dr Akmal di Sabah itu kerana temujanji untuk beri keterangan kepad apihak polis telah pun dibuat.

- Advertisement -

“Tangkapan Dr Akmal adalah keterlaluan dan boleh menimbulkan perasaan kurang senang oleh sesetengah pihak tatkala ke-kes berkaitan agama seperti salah seorang ahli parlimen kerajaan yang didakwa menggunakan ayat suci Al Quran tidak pula ditangkap ?”, ujar Ahli Parlimen Machang itu mengkritik kerajaan perpaduan kerana mengamalkan double standard.

Wan Ahmad Fayhsal juga menempelak DAP berkenaan pendirian parti itu yang sememangnya tidak bersuara langsung di dalam mengkritik punca berlakunya isu stokin kalimah Allah itu.

“Apakah pendirian penentang Akta Hasutan khususnya parti DAP dalam isu ini yang mana YB Dr Akmal kini telah disiasat di bawah Akta tersebut ? Mana mungkin panggilan untuk memboikot dianggap telah melakukan suatu jenayah ?”, tegas Wan Ahmad Fayhsal.

- Advertisement -

Ketua Armada Bersatu itu menyeru seluruh akar umbi Pemuda UMNO, mempertimbangkan kedudukan mereka dalam gabungan Pemuda Kerajaan Perpaduan kerana beliau melihat tiada keikhlasan dari rakan-rakan komponen lain kepada Pemuda UMNO dalam gabungan itu.

Asas-asas perjuangan agama, bangsa dan tanahair lebih-lebih lagi melibatkan kesucian kalimah Allah dan Islam wajib dipertahankan bersama-sama, ujar Wan Ahmad Fayhsal.

Untuk rekod, Dr Akmal Salleh yang juga ADUN Merlimau itu dibebaskan pada jam 2 petang semalam selepas memberi keterangan bermula jam 10 pagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img