spot_img
spot_img

Pemain industri mahu penjelasan dari Kementerian Pelancongan

spot_img

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) dan  Kesatuan Pekerja Tourism Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka amat terkejut dengan berita penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghappar hari ini.

Mereka meminta masa dan kesempatan untuk bertemu Menteri Datuk Seri Tiong King Sing dalam masa terdekat bagi mendapatkan pencerahan daripada kementerian sendiri berhubung perkara ini.

Presidennya, Alwi Shakir Abdullah berkata, berpegang pada prinsip tatakelola yang baik serta kebajikan seseorang yang berstatus pekerja, KPPLPPM berpandangan isu ini merupakan satu perkara yang serius terhadap penjawat awam.

- Advertisement -

Ia kerana berdasarkan tarikh surat dikeluarkan serta tarikh kuat kuasa surat iaitu lima hari adalah amat singkat sekaligus mengundang imej dan persepsi yang tidak baik terhadap mana-mana pihak yang menghadapi situasi yang sama.

Semalam Berita Tular menyiarkan kegusaran ahli parlimen pembangkang YB Datuk Wira Mas Ermieyati berkenaan salah laku di Kementerian Pelancongan, termasuk pemberhentian mengejut Ketua Pengarahnya.

PN bimbang wujud dakwaan salah laku di Kementerian Pelancongan

- Advertisement -

KPPLPPM mengambil pendirian bahawa perlu ada satu tempoh masa yang lebih adil diberikan agar keharmonian dikekalkan bukan sahaja di dalam agensi malahan dikalangan penggiat industri.

“Perkara ini jelas menimbulkan kegusaran sebagaimana kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dan juga penggiat industri yang akhirnya boleh memberi kesan kepada pekerja-pekerja di sektor perhotelan dan pelancongan yang meliputi hampir 3 juta pekerja.

“Persoalan yang diutarakan oleh pihak industri selaku pemegang taruh wajar diberi penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Menurutnya, KPPLPPM berpandangan perlu ada suatu standard pemberhentian supaya tidak berlaku salah faham antara penjawat awam dan pihak menteri, serta pemain industri.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img