spot_img
spot_img

PN bimbang wujud dakwaan salah laku di Kementerian Pelancongan

spot_img

Kuala Lumpur 23 Feb : Ahli Parlimen pembangkang menzahirkan rasa kebimbangan akan arah tuju pentadbiran Kementerian Pelancongan di bawah menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah (PN) Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan hari ini, wujud dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Pelancongan itu.

- Advertisement -

(Mas Ermieyati Samsudin)

Mas Ermieyati menerima aduan yang diketengah daripada pelbagai pihak termasuk para pemain industri pelancongan itu sendiri.

Beliau menggesa untuk kerajaan menyiasat dan mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai segala dakwaan yang diketengahkan pelbagai pihak itu kerana jika tidak ditangani, ia akan tersebar dan boleh menjejaskan industri pelancongan negara yang kini sedang bersedia untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

- Advertisement -

“Tuduhan terhadap YB Tiong merisaukan banyak pihak. Bermula dari pelantikan rakan-rakan dan ahli keluarga ke jawatan penting dalam pejabat pelancongan adalah kesan nepotisme dan kronisme, yang kedua-duanya tidak mempunyai tempat dalam kerajaan yang telus dan berasaskan merit”, kata Mas Ermieyati yang merangkap Ketua Portfolio Pelancongan Seni & Budaya PN.

Terdapat juga aduan berkenaan penyalahgunaan dana kerajaan dan ia adalah satu tuduhan serius yang tidak boleh diabaikan kerana sebarang salah urus atau penyelewengan dana boleh membawa kesan buruk kepada industri dan negara secara keseluruhan, tambahnya.

Mas Ermieyati juga mendakwa berlaku pertukaran pegawai-pegawai kerajaan di kementerian itu dengan sesuka hati tanpa alasan yang munasabah, sambil merujuk akan arahan menteri pelancongan itu yang menamatkan kontrak Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara, Datuk Dr Ammar Abd Ghappar yang didakwa dilakukan tanpa alasan yang kukuh.

Jika dakwaan ini semua benar menurut Mas Ermieyati, ia amat tidak mencerminkan tingkah laku seorang menteri Malaysia
yang terkenal dengan budaya kerja berbilang kaum dan harmoni.

“Tingkah laku seorang menteri bukan sahaja mencerminkan dirinya, tetapi kepada kerajaan dan negara secara keseluruhannya. Rakyat Malaysia berbangga dengan budaya kerja mereka yang pelbagai dan inklusif, dan tindakan YB Tiong sangat bertentangan dengan nilai-nilai ini”, tegas beliau.

YB Dato Sri Tiong King Sing merupakan ahli parlimen Bintulu Sarawak dari parti GPS. Beliau sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi dengan isu pelancong warga asing dari China yang menyebabkan beliau sendiri turun ke KLIA hingga tercetus salah faham dengan pihak Imigresen Malaysia. Beliau juga terpalit dengan kontroversi meminum arak, namun menegaskan dirinya bukan Islam, maka ia dibenarkan. Juga terdapat berita tular berkenaan jamuan makanan tidak halal di Kementerian Pelancongan, tetapi dinafikan juga oleh menteri itu.

Menurut dua penganalisis politik yang dipetik dari FMT, Tiong menjadi suatu liabiliti kepada kerajaan Madani kerana sering menimbulkan kontroversi sensitiviti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img