spot_img
spot_img

Baru menang dengan Bangladesh, bukan England !

spot_img

PETALING JAYA: “Kita ni baru menang dengan Bangladesh, bukan England !”, kata Zamir 32 tahun penyokong bolasepak negara yang ditemui Berita Tular.

Heboh sekarang bahawa kerajaan mahu beri insentif kepada pemain bolasepak yang berjaya masuk ke Piala Asia selepas 42 tahun menanti. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri sedia pertimbang untuk berikan imbuhan buat skuad bolasepak Malaysia yang layak ke Piala Asia 2023, menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kumpulan E.

Berita Tular berpendapat sama seperti penyokong bola sepak tempatan untuk menaikkan taraf mentaliti semua bahawa ia bukan kejuaraan (kemenangan di atas Bangladesh), tetapi merupakan langkah awal untuk lebih serius dan fokus di Piala Asia.

- Advertisement -

“Ini belum apa-apa dah nak beri imbuhan, pemain-pemain pula pegi celebrate di kelab malam. Raikan apa ? Tewaskan bangla ? Sungguh tidak berdisiplin”, ujar seorang lagi penyokong negara Hamis Zainon 26 tahun.

Di petik dari Facebook, bekas pengurus bolasepak Selangor dan pemerhati sukan, Zakaria Rahim mempertikaikan tindakan kerajaan yang acapkali memberikan keistimewaan buat skuad bola sepak tatkala beberapa sukan lain di Malaysia telah melakar kejayaan jauh lebih tinggi dari sukan No.1 negara itu.

Bagaimanapun, layanan sama tidak diberikan buat skuad hoki negara yang berjaya layak ke Piala Dunia 2023 selain muncul Naib Juara Piala Asia di Jakarta Mei lalu.

- Advertisement -

“Tiba-tiba sahaja pasukan bola sepak yang jadi pasukan ke 23 dari 24 pasukan layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa, dipertimbangkan imbuhan? Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah, celebrate di night club dan golongan T20.

“Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, Naib Juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking nombor 10 dunia, mana imbuhan?.

“Main di Jakarta pun tiada wakil KBS (Kementerian Belia dan Sukan) datang pump (bagi) semangat. Mereka pulang pun tak disambut. Mereka ada yang kerja technician (juruteknik), kerani, dan yang paling tinggi Inspektor Polis. Ada yang masih student (pelajar). Mudahnya, majoriti mereka masih B40,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Zakaria, pihak KBS perlu mengkaji semula sukan yang sepatutnya menjadi keutamaan sebelum diberikan sebarang imbuhan.

“Jika pun nak bagi imbuhan kepada team(pasukan) bola, bukan kepada pemain, tetapi kepada pasukan. Beri imbuhan kepada pasukan bawah-17 yang rata-ratanya pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia FIFA bawah-17 tahun. Mereka ini prospek negara ke Piala Dunia FIFA 2030, itupun kalau serius nak ke World Cup (Piala Dunia),” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img