spot_img
spot_img

Tolak MB itu lebih penting daripada bantu rakyat dalam kesusahan – Ahmad Faizal

spot_img
KUALA LUMPUR: Keputusan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menolak menteri besar dalam usul undi tidak percaya membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu lebih penting daripada pembentangan Belanjawan Negeri 2021.
Dalam masa sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kesal apabila perkara utama iaitu pembentangan belanjawan diketepikan sekali gus mengutamakan usul undi tidak percaya terhadapnya.
“Apa yang berlaku pagi ini, majoriti ADUN tidak lagi menyokong saya sebagai Menteri Besar Perak. Di Awal pagi terdapat dua usul daripada ADUN Pasir Pinji dan Temenggor untuk mengangkat perintah tetap sidang dewan untuk membenarkan speaker DUN membincangkan usul undi percaya terlebih dahulu.
“Kita mendapati beliau yang mengusulkan undi percaya (tetapi) tidak percaya, perkara ini untuk mengaburi mata rakyat, kita memahaminya (we understand that). Bukan saya letak usul itu diatas, dua ADUN dari DAP dan UMNO membentangkan usul persendirian ini, melibatkan kepentingan awam.
“Mereka memikirkan usul Menteri Besar Perak lebih penting daripada membentangkan usul belanjawan. Kadang-kadang dalam politik ini, buang menteri besar itu lebih penting daripada membantu rakyat dalam kesusahan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berharap agar pertukaran kerajaan dan kepimpinan yang baharu berjalan lancar
Katanya, semua pihak perlu duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian melibatkan kepentingan rakyat terutama Belanjawan Negeri Perak 2021.
“Pertama menubuhkan kerajaan negeri dan kedua membentangkan belanjawan. Jika tidak bulan ini (Disember), maka akan berlaku government shut down di Perak bulan hadapan (Januari 2021).
“Ia sesuatu yang merugikan semua pihak, kalau orang politik tidak bertindak secara matang, rakyat akan menerima kesannya. Ini tidak harus dibenarkan (berlaku),” katanya.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img