spot_img
spot_img

‘Pelabuhan Haram’ di Gaza hampir siap

spot_img

WASHINGTON, Mei — Tentera AS telah menyiapkan pembinaan ‘dermaga bantuan Gaza’ , tetapi cuaca yang tidak berapa baik bermakna pada ketika ini tidak selamat untuk memindahkan struktur tempatnya, kata Pentagon semalam.

Jeti itu — yang mula dibina oleh tentera AS bulan lalu dan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$320 juta (RM1.5 bilion) — bertujuan untuk meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan ke Gaza, yang telah musnah akibat tujuh bulan keganasan Israel terhadap Palestine.

Pelabuhan dibina di Palestine oleh AS, lambang kejayaan penaklukan baru

- Advertisement -

 

“Setakat hari ini, pembinaan dua bahagian JLOTS – jeti terapung dan jeti Trident – telah siap dan menunggu pergerakan terakhir di luar pesisir,” kata Timbalan Setiausaha Akhbar Pentagon, Sabrina Singh kepada wartawan.

“Hari ini masih diramalkan angin kencang dan ombak laut yang tinggi menyebabkan keadaan tidak selamat untuk komponen JLOTS dipindahkan. Jadi bahagian jeti dan kapal tentera yang terlibat dalam pembinaannya masih diletakkan di pelabuhan Ashdod,” di Israel, kata Singh.

- Advertisement -

Komando Pusat AS (Centcom) “bersiap sedia untuk memindahkan jeti ke kedudukannya dalam masa terdekat,” tambahnya.

Kapal-kapal dan jeti yang sedang dalam pembinaan telah dipindahkan ke pelabuhan kerana cuaca buruk minggu lepas. Apabila cuaca reda, jeti akan berlabuh ke pantai Gaza oleh tentera Israel, manakala tentera AS akan berada di luar pantai.

Bantuan kemudiannya akan diangkut melalui kapal komersial ke platform terapung di luar pantai Gaza, di mana ia akan dipindahkan ke kapal yang lebih kecil, dibawa ke jeti, dan dibawa ke darat dengan trak untuk diedarkan.

Rancangan untuk dermaga itu pertama kali diumumkan oleh Presiden AS Joe Biden pada awal Mac ketika Israel menahan penghantaran bantuan melalui darat, dan tentera serta kapal Tentera AS terus memulakan perjalanan panjang ke Mediterranean untuk membina dermaga.

Kira-kira dua bulan kemudian, situasi kemanusiaan di Gaza kekal teruk. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata pada hari Selasa semalam bahawa Israel telah menafikan akses PBB ke persimpangan Rafah – pintu masuk utama untuk bantuan ke wilayah yang dikepung.

Rumah Putih berkata penutupan Rafah dan lintasan utama lain, Karem Shalom, “tidak boleh diterima” dan perlu dibuka.

Di samping berusaha untuk mewujudkan koridor maritim untuk penghantaran bantuan, Amerika Syarikat juga telah menyampaikan bantuan melalui udara.

Centcom berkata, pesawat kargo C-130 Amerika menggugurkan lebih 25,000 catuan ketenteraan Meal Ready To Eat ke Gaza semalam dalam operasi bersama yang turut menghantar lebih 13,000 hidangan bekalan makanan Jordan.

“Sehingga kini AS telah menurunkan 1,200 tan bantuan kemanusiaan,” kata Centcom dalam satu kenyataan.

Peperangan paling berdarah di Gaza meletus berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel, yang mengakibatkan kematian lebih 1,170 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan sumber rasmi Israel.

Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 34,789 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas.

 

Sumber — MalayMail


 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img