Kuala Lumpur 27 April : Tidak sampai 3 bulan lagi, kerajaan akan mengumumkan syarikat manakah yang akan memenangi kontrak membina High Speed Railway KL – Singapura (HSR) yang dikhabarkan bernilai RM120 bilion.
3 Konsortium disenarai pendek untuk bina HSR KL – Singapura RM70 bilion
Munurut sumber Zam Yahya, seorang pengkritik politik berkata konsesi itu berkemungkinan besar akan dianugerahkan kepada Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan.
( Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail)
Syarikat yang menguruskan projek mega ini ialah milik kerajaan yang bernama MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp). Pada 26 Jun 2023, kerajaan juga telah melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MyHSR. Beliau merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) & Pengerusi Pakatan Harapan Pahang.
(Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman)
MyHSR adalah milik Kementerian Kewangan. Ditubuhkan semasa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada Ogos 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa projek HSR ini diteruskan kembali selepas dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan pasca PRU14.
Anwar memberi jaminan bahawa projek HSR ini akan dibiayai swasta sepenuhnya.
Menurut sumber dari website HSR, sebanyak 7 syarikat telah menghantar RFI (Request For Information) dan telah ditutup pada 15 Januari 2024. Menurut website itu lagi, kesemua RFI tersebut adalah berdasarkan PPP (Public Private Partnership).
Ini bermakna syarikat swasta yang memperoleh kontrak itu akan Design Built Operate & Transfer (BOT) untuk suatu tempoh konsesi tertentu sebelum diserahkan semula kepada kerajaan.
Namun yang menjadi kebimbangan menurut Zam Yahya ialah, kerajaan terpaksa menjadi penjamin kepada raih dana syarikat swasta tersebut. Disamping itu kerajaan juga akan menguruskan hal-hal berkaitan pemberian dan pembelian tanah.
“Bayangkan betapa besarnya tanah yang akan diperoleh oleh syarikat swasta tersebut sepanjang laluan keretapi laju itu dari JB ke KL termasuk disekelilingnya”, ujar Zam Yahya lagi.
Beliau juga menimbulkan kerisauan kerana menurut rekod model PPP sebelum ini, pihak syarikat swasta biasanya akan mengaut untung – semasa design, built, upfront, dan semasa memperoleh pinjaman, syarikat boleh mendapat keuntungan. Tetapi sewaktu operate, Zam Yahya risau pihak kerajaan pula yang terpaksa menanggung hutang yang dijamin.