spot_img
spot_img

Dua lagi projek mega di Pulau Pinang selepas LRT

spot_img

GEORGE TOWN: Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang kini dalam peringkat perbincangan, melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Chow Kon Yeow.

Inilah projek mega selanjutnya kerajaan negeri Pulau Pinang setelah mereka berjaya memperoleh persetujuan kerajaan pusat untuk membangunkan LRT.

Pulau Pinang negeri kedua negara mempunyai LRT – mula tahun ini

- Advertisement -

 

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap kedua-dua projek itu dapat dilaksanakan berikutan seiring dengan kemajuan pesat di negeri itu, dan perkara itu dibangkitkan pada taklimat pembangunan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Komtar semasa lawatannya ke negeri itu pada Jumaat lepas.

“Saya gembira untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar mengambil berat tentang kedua-dua projek itu dan ia sedang dibincangkan. Semoga perbincangan itu membuahkan hasil yang positif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Kucing Antarabangsa Pulau Pinang 2nd World Cat Federation 2024 di Spice Arena di Bayan Lepas dekat sini, lapor Bernama.

- Advertisement -

Chow mencadangkan dua projek dilaksanakan melalui Inisiatif Kewangan Swasta (PFI – private funding initiatives) atau penswastaan ​​sekiranya tidak dapat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna kerajaan Pulau Pinang berupaya melaksanakan projek-projek itu tanpa menggunakan wang rakyat.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghargai sumbangan Pulau Pinang kepada pembangunan negara, khususnya dalam sektor ekonomi dan perindustrian.

Chow juga berkata Perdana Menteri bersetuju dengannya apabila diberitahu Pulau Pinang telah dipinggirkan selama beberapa tahun (2008–2018) apabila negeri itu tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan ketika itu dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Tetapi pada masa yang sama menurut penganalisis ekonomi, Pulau Pinang tetap menjadi pilihan pelabur asing di waktu itu kerana telah mempunyai infrastruktur dan logistik terbaik di bahagian utara negara untuk aktiviti industr serta perkilangan. Juga penduduk Pulau Pinang mempunyai pendapatan yang tinggi di samping peluang pekerjaan yang luas hingga melimpah ke penduduk negeri berdekatan utara seperti Kedah dan Perlis untuk merantau bekerja di pulau mutiara itu.

Menurut Chow, Perdana Menteri telah mengarahkan usaha untuk memecahkan kitaran kemiskinan bagi golongan miskin tegar di negeri ini diperkuatkan terutamanya penduduk bumiputera agar tidak ketinggalan dari arus pemodenan dan kemajuan negeri.

Pada Jumaat lepas, PM Anwar berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, bersama-sama kerajaan Pulau Pinang, akan berusaha untuk menangani isu yang dihadapi oleh keluarga miskin tegar ini dalam tempoh sebulan, membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img