spot_img
spot_img

Kerajaan bantu syarikat pemula Bumiputra dalam sektor pembuatan

spot_img

KUALA LUMPUR, 4 April — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), melalui agensinya, bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) bagi menangani isu penyertaan syarikat bumiputera yang rendah dalam sektor pembuatan.

Menteri Miti Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata antara cabaran utama ialah kekurangan akses kepada kemudahan pembiayaan untuk syarikat bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Justeru, dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, peruntukan disediakan kepada Miti bagi memperkukuh syarikat tempatan. Pengumuman Bajet 2024 memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta untuk melaksanakan NIMP 2030.

- Advertisement -

“Dari segi akses kepada pembiayaan, kerajaan memberi peluang kepada bank tempatan untuk lebih proaktif dalam membantu PKS yang mewakili kumpulan pekerja dan majikan terbesar negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang ingin mengetahui inisiatif kerajaan untuk mendedahkan syarikat pemula (startup) bumiputera kepada sumber pembiayaan alternatif seperti pendanaan ramai ekuiti.

Tengku Zafrul berkata akses terhad kepada pembiayaan bukan satu-satunya isu utama; satu lagi ialah pembinaan kapasiti.

- Advertisement -

“Kami perlu berkongsi pengalaman dan pengetahuan kami, dan ini dijalankan melalui SME Corporation dan agensi berkaitan lain,” katanya.

Cabaran ketiga ialah memastikan akses pasaran kepada produk mereka, kata menteri itu sambil menambah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) juga memainkan peranannya untuk memastikan syarikat itu dapat bersaing di peringkat global.

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img