spot_img
spot_img

Stokin : Jangan akhirnya Melayu yang dipersalahkan..

spot_img

Hari ini pengasas KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan diberi peluang bertemu dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Ia boleh dikatakan suatu ‘kemaafan’ besar kepada pengusaha pasaraya berangkai itu walaupun beliau bakal dibicarakan di mahkamah.

Kini semua pihak sudah mula menarik diri dari melibatkan nama dengan isu ‘KK Mart Stokin Kalimah Allah’. Paling menyedihkan ialah orang Melayu beragama Islam itu sendiri merubah nada bukan menyalahkan punca isu ini, tetapi menyalahkan pejuang kebenaran.

Sepatutnya orang Melayu perlu lebih bijak dan berdiam diri sekarang ini kerana pengajaran telah diberikan kepada pihak yang mula-mula sekali mencetuskan provokasi ini. Jangan salahkan Dr Akmal Salleh atau mereka yang berani bersuara mempertahankan provokasi agama, terutama nama Allah SWT.

- Advertisement -

UMNO mengarahkan Dr Akmal supaya menghentikan isu KK Mart akibat desakan UMNO Sabah kononnya mereka tidak mahu dilabel ekstremis. UMNO Sabah perlu sedar, siapa yang mulakan ini dahulu ? Letak kalimah tuhan di stokin itu adalah lebih ekstremis berbanding mereka yang lantang membantah. Jangan buat andaian balingan bom tangan di KK Mart berpunca dari bantahan pemuda UMNO, mungkinkah ada yang cuba buat turn over issue ?

Orang Melayu dan UMNO seharusnya tegas dan berdiri teguh atas pendirian mereka untuk menyokong Dr Akmal Salleh. Tidak perlu menyuruh pembela agama apabila diperlekehkan untuk diam, mereka yang tidak berani bersuara sewaktu isu itu tengah panas, adalah yang patut diam sebenarnya.

Begitu juga dengan Ketua Penerangan AMK yang tiba-tiba berani bersuara, Nabil Halimi, berkata kononnya seorang pemimpin politik harus meredakan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Sepatutnya AMK perlu berani seperti Dr Akmal untuk berkata kepada mereka yang buat provokasi supaya jangan cuba-cuba bermain dengan tuhan umat Islam. Bukan sebaliknya.

- Advertisement -

(Nabil Halimi)

Para pemimpin Melayu perlu bersatu hati tanpa mengira parti apabila bangsa dan agama dipijak atau dipermainkan. Jangan mudah memberi maaf apabila agama dan bangsa boleh dibuat mudah oleh rakyatnya sendiri. Berdiri teguh kerana semua umat Islam itu bersaudara. Orang kafir dan penentang agama Islam yang perlu ditentang. Bukan mereka yang berani membela kalimah Allah.

 

Pendapat editorial Berita Tular melambangkan perasaan cinta kepada perpaduan negara di mana bangsa Melayu harus bersatu padu bagi memastikan kaum lain sentiasa ikut bersama dalam acuan perpaduan Malaysia dan tidak melakukan provokasi yang melampau pada masa hadapan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img