spot_img
spot_img

Pelaburan digital negara naik 54 peratus kepada RM46.22 bilion

spot_img

KUALA LUMPUR: Pelaburan digital Malaysia mencecah RM46.22 bilion pada 2023, 54 peratus lebih tinggi berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM30 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, berkata pelaburan itu disumbangkan oleh 256 syarikat, dengan 53 peratus daripadanya diwakili kluster teknologi maklumat, perkhidmatan perniagaan global (26 peratus), pusat data dan awan (13 peratus) serta teknologi dan kandungan kreatif (lapan peratus).

Beliau berkata, sebanyak 22,258 pekerjaan bernilai tinggi dicipta tahun lalu, dengan kluster perkhidmatan perniagaan global menyumbang 51 peratus daripada jumlah terbabit.

- Advertisement -

“Angka jumlah pekerjaan yang diwujudkan ini adalah pertumbuhan sebanyak 36 peratus berbanding tahun 2021.

“Syarikat digital tempatan turut melakar pencapaian memberangsangkan tahun lalu dengan menghasilkan perolehan berjumlah RM8.87 bilion, iaitu 18 peratus lebih tinggi berbanding sasarannya RM7.5 bilion,” katanya pada taklimat media, baru-baru ini.

Mahadhir berkata, MDEC juga memudahkan eksport digital bernilai RM3.18 bilion pada 2023, meningkat kira-kira 181 peratus daripada 2021.

- Advertisement -

“Syarikat digital Malaysia kini memiliki kehadiran di 17 negara, dengan tiga negara yang memiliki jumlah kehadiran tertinggi ialah Indonesia, Filipina serta Vietnam.

“Bagi tahun 2024, kami juga bakal melancarkan insentif cukai baharu pada Mei ini, terbuka bagi syarikat berstatus MD (Malaysia Digital) dan berstatus MSC sedia ada dan ia termasuk insentif Elaun Cukai Pelaburan, Harta Intelek (IP) dan Bukan IP,” katanya.

Mahadhir berkata, inisiatif Malaysia Digital, yang dilancarkan pada Julai 2022 untuk menjayakan MSC Malaysia, merupakan inisiatif strategik negara baharu oleh kerajaan dalam memacu transformasi digital dengan menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan sambil membolehkan perniagaan Malaysia memainkan peranan utama dalam revolusi digital global serta ekonomi digital.

Beliau berkata, di bawah ekosistemnya, inisiatif Malaysia Digital berusaha mempromosikan sembilan sektor, iaitu perdagangan digital, pertanian digital, perkhidmatan digital, bandar digital, kesihatan digital, kewangan digital, kandungan digital, pelancongan digital dan ekonomi digital Islam.

“Daripada pelaburan itu, terdapat 22,258 pekerjaan bernilai tinggi diwujudkan pada 2023,” katanya.

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img