spot_img
spot_img

PAS tidak boikot KK Mart – melambangkan umat Islam negara tidak bersatu

spot_img

Pulau Pinang 31 November : Jawapan temuramah yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap ketua sayap Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya bahawa parti Islam itu ‘menjauhi’ kempen boikot yang dipelopori oleh Pemuda UMNO Malaysia dilihat sebagai satu lagi masalah perpaduan yang serius di antara umat Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini.

(Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah)

- Advertisement -

“Di dalam soal politik sudah tentu kita tidak boleh bersatu, ini soal agama pun tidak boleh mencapai suatu tindakan yang sama, masing-masing ingin mendapat ‘laba’ dari isu. Orang bukan Islam terus nampak kita ini memang mudah diperkotak-katikkan”, ujar Yusoff Kalam, 54, seorang aktivis NGO kemasyarakatan Islam di sini.

Yusoff merujuk dua perbezaan pendapat antara parti politik terbesar negara antara UMNO dan PAS berkenaan isu kalimah Allah di stokin yang dijual di pasaraya KK Mart. UMNO melalui ketua pemudanya Dr Akmal Salleh bersama keseluruhan parti itu menyokong langkah memboikot terus pasaraya KK Mart sebagai suatu pengajaran supaya ia tidak berulang. Tetapi pendekatan PAS adalah berbeza apabila mereka hanya mahu tindakan diambil oleh pihak berkuasa tanpa perlu memboikot pasaraya yang telah menyinggung perasaan umat Islam itu.

Dalam temuramah itu, Datuk Ahmad berkata PAS tidak segera melatah kepada KK Mart. “Kerana bagi kami, kami mahu pihak berkuasa menyiasat. Adakah ini satu tindakan sabotaj terhadap pengurusan kedai? Boleh jadi,” kata beliau.

- Advertisement -

Datuk Ahmad juga mempertahankan tindakan pengurusan KK Mart yang telah meminta maaf secara terbuka. “Sebab kami tidak menuduh (KK Mart) secara membabi buta, melainkan KK Mart mengaku mereka mencetaknya, mereka sengaja melakukannya untuk menghina. Itu barulah cerita yang berbeza. Namun kini, mereka juga telah meminta maaf”, katanya yang positif terhadap tindakan pengurusan KK Mart itu.

Kesalahan isu KK Mart itu, PAS menyalahkan kerajaan pusat. Datuk Ahmad berkata kekecewaan dan kemarahan umat Islam di negara ini berpunca daripada apa yang mereka anggap sebagai tindak balas kerajaan yang lembap terhadap kontroversi itu.

Beliau berkata terdapat sentimen yang wujud bahawa kerajaan bersikap “selektif” dalam pengurusan perkara tersebut, dan isu itu tidak akan berlarutan sekiranya pihak berkuasa bertindak cepat.

Namun, pendapat PAS itu tidak dipersetujui oleh Yusoff Kalam. Menurut Yusuff, ada lebih banyak lagi isu-isu agama yang dipandang remeh oleh bukan Islam di negerinya tetapi tidak menjadi isu nasional.

“Siapa yang nak mengaku jika buat salah ? Kalau begini mudah, buat silap, minta maaf, bersangka baik. Tetapi kerosakan telah dilakukan. Hati orang Islam terguris. Peniaga pun bukan rakyat asing, lahir di negara ini juga. Tiada alasan untuk kesilapan ini. Oleh sebab itu ramai orang Islam bersetuju untuk boikot terus KK Mart. Jangan kelirukan lagi orang Islam wahai PAS, bersatulah satu suara supaya agama kita tidak mudah diperlekehkan pada masa depan.. sekurang-kurangnya bersatu atas nama tuhan kita”, katanya.

Sumber dalaman PAS memaklumkan kepada Berita Tular bahawa pendirian tonggak utama gabungan Perikatan Nasional (PN) itu adalah selari dengan keputusan dasar Kongress PN baru-baru ini, di mana gabungan itu mahu mengambil hati orang bukan Melayu untuk mengundi mereka terutamanya kaum Cina, pada pilihanraya akan datang.

Formula mudah bagi PN menawan hati bukan Melayu

“Sudah tentu kami tidak boleh sama dengan UMNO (pendirian keras dalam isu kalimah Allah) sebab PN ingin ambil hati orang Cina. UMNO pula terdesak untuk kembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka. Jadi masing-masing kena ada strategi betul”, ujar sumber tersebut.

Untuk rekod, PAS telah beberapa kali mengajak masyarakat memboikot sesuatu berdasarkan isu semasa.

Pada November 2018 Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Md Nor pada ketika itu telah menggesa rakyat Malaysia memboikot filem tempatan Polis Evo 2 yang menurut PAS, filem itu cuba memberi imej buruk kepada Islam dan tindakan boikot itu boleh memberi pengajaran kepada keseluruhan mereka yang terlibat dalam filem itu.

Pada Oktober 2020 pula, Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad melancarkan gerakan untuk memboikot produk keluaran Perancis kerana penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan tindakan Islamofobia negara itu.

Kini pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang menjual stokin kalimah Allah, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, telah didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu lepas.

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img