spot_img
spot_img

Tolong tinggalkan sukan tanahair Hannah

spot_img

Hannah Yeoh yang dihormati,

Saya menulis dengan ikhlas, menyeru keadilan dan agar anda mematuhi piawaian moral yang tinggi yang anda tetapkan semasa anda mula-mula menyertai sukan tanahair sebagai menterinya.

Saya akan pastikan ia mudah.

- Advertisement -

Apa yang terlintas di fikiran pada masa ini ialah ingatan anda turun padang ke atas isu jurulatih bola tampar dari Melaka, dalam tindak balas reaktif anda yang menjadi tular di media sosial.

Jurulatih itu menggunakan pendekatan radikal, menampar para atletnya di pipi mereka sebagai cara untuk menyedarkan mereka dan membuat mereka beraksi dengan optimum, yang terbukti selama ini mereka lakukan untuk menjadi juara kebangsaan.

Satu kaedah yang diterima oleh atlet itu sendiri, ibu bapa atlet dan ramai dalam sukan itu. Tetapi anda telah mengetuai kempen membanteras kaedah ‘radikal’ jurulatih itu dan seluruh negara kecoh tentangnya. Akhirnya jurulatih itu diharamkan seumur hidup dari terus berkhidmat.

- Advertisement -

Dengan berbuat demikian, anda telah menetapkan asas moral yang tinggi di mana negara akan mengharapkan anda untuk berpegang kepadanya dalam menjalankan tugas.

Kini peminat sukan tanahair sepatutnya menjangkakan piawaian sedemikian akan diterapkan dalam penilaian kami terhadap prestasi anda baru-baru ini yang telah menimbulkan persoalan, terutamanya mengenai padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hannah, tidak seperti jurulatih bola tampar yang anda ‘haramkan’ itu, anda mempunyai semua kuasa, dana dan sumber yang boleh disediakan oleh negara untuk kegunaan anda, tetapi anda gagal untuk berikan padang bola sepak yang baik dan ringkas untuk beraksi – berulang kali.

Anda diberi masa, anda mendapat sokongan, malah mendapat bantuan Tengku Mahkota Johor.

Namun, Hannah, anda telah gagal berkali-kali dalam skala mengaibkan sukan tanahir.

Anda telah mensia-siakan semuanya sehingga kini tertanya-tanya sama ada anda sudah kehabisan ‘kambing hitam’ dan alasan.

Hans Isaac memalukan sukan Malaysia, elok letak jawatan sahaja

Saya pasti ramai di negara ini (yang tidak faham sepenuhnya kaedah latihan sukan), bersetuju dengan tindakan anda mengharamkan jurulatih bola tampar itu, tetapi apakah standard moral yang kami pegang kepada anda sekarang apabila anda gagal lagi dalam menyediakan padang yang baik untuk bolasepak antarabangsa negara ?

Ini adalah kegagalan yang jauh lebih teruk dan lebih merosakkan imej negara, satu kegagalan yang mahal yang telah merugikan negara berjuta-juta, jadi apa yang kami harus lakukan dengan awak Hannah?

Pengharaman seumur hidup daripada sukan sudah memadai dan tuntutan untuk itu adalah wajar, memandangkan standard moral yang tinggi yang anda sendiri tetapkan.

Letak jawatan Hannah. Dan keluarkan diri anda daripada sukan tanahair. Tolonglah.

Yang ikhlas,

Arnaz M. Khairul
Pengkritik sukan dan kolumnis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img