spot_img
spot_img

Hans Isaac memalukan sukan Malaysia, elok letak jawatan sahaja

spot_img

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac digesa untuk meletakkan jawatan susulan keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak buat kali ketiga.

Tuntutan itu dibuat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas gagal melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi stadium nasional berkenaan.

- Advertisement -

(Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal)

“Dia (Hans) tak jalankan tugasnya dengan baik untuk negara (yang) melibatkan imej dan profesionalisme pengurusan aset stadium kita. Ini memberi kesan kepada pasukan, rakyat (dan) cukai negara. (Kejadian padang SNBJ rosak) ini kali ketiga.

“Bukan pertama kali (tapi) kali ketiga. Cukuplah Hans Isaac. Kalau dia tahu malu, letak jawatan,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Turut hadir Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar), Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik), Zakri Hassan (PN-Kangar) dan Ahmad Fadhli Saari (PN-Pasir Mas).

Terdahulu, isu padang SNBJ terus hangat diperkatakan susulan tersebarnya video dan gambar permukaan padang yang ‘rosak’ ekoran penganjuran konsert Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.

Isu sama turut berlaku pada November lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan di atas padang SNBJ, sekaligus permukaan padang rosak sedangkan ia adalah rumput baharu jenis Zeon Zoysia yang ditaja Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi menyifatkan insiden padang SNBJ dilihat memalukan negara kerana perlawanan membabitkan Malaysia dan Oman merupakan perlawanan bertaraf antarabangsa.

“Kita punya perlawanan bertaraf antarabangsa tetapi padang bertaraf kampung kerana kita tidak dapat menguruskannya dengan baik.

“Kita juga khuatir ‘mood’ pasukan atau pemain kita ini terjejas (kerana) nak bermain atas rumput yang tidak begitu elok,” katanya.

 

 

Sumber – MalaysiaGazette

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img