spot_img
spot_img

Nampak gaya Hans Isaac kekal – peminat bola kena hadap hingga 2025

spot_img

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh seolah-olah melepaskan tanggungjawab jawatan Pengerusi Datuk Hans Isaac kepada Lembaga Pengarah PSM. Menurut menteri itu setiap keputusan terletak kepada Lembaga Pengarah PSM. Ia termasuk isu masalah padang, semuanya diputuskan oleh PMS.

Kontrak bekas pelakon yang terjun ke bidang politik mewakili parti PKR itu akan tamat kontraknya sebagai Pengerusi PSM pada Jun tahun depan. Majoriti rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan bolasepak amat tidak berpuas hati kepada dirinya kerana masalah padang bola yang tidak selesai berulang-kali.

Pihak pembangkang juga menyuarakan dengan jelas supaya Hans Isaac segera meletakkan jawatan.

Hans Isaac memalukan sukan Malaysia, elok letak jawatan sahaja

- Advertisement -

Namun hingga ke hari ini, empunya diri dan juga PSM masih membisu berkenaan isu tular panas ini.

Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi PSM bagi sesi 2023-25 bermula pada Jun tahun lalu.

- Advertisement -

“Hans Isaac dilantik bagi tempoh dua tahun dan saya percaya dalam PSM sekarang segala keputusan dibuat bersama Lembaga Pengarah.

“Lembaga Pengarah sudah mengambil keputusan untuk rumput selepas konsert Coldplay, bagi kepada pakar untuk masuk dan lakukan tugas, itu adalah keputusan Lembaga Pengarah. Jadi, kita kena tunggulah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung desakan pelbagai pihak yang mahukan Hans Isaac meletak jawatan susulan kerosakan padang yang sering berlaku di Stadium Nasional sehingga menjejaskan perlawanan membabitkan Harimau Malaya.

Menurut Hannah, selepas konsert Coldplay pada November tahun lalu, PSM mendapatkan khidmat pakar rumput dari Australia bagi melakukan segala perancangan untuk penjagaan rumput di stadium itu.

“Sebab itu, selepas perlawanan malam ini (Malaysia menentang Oman pusingan kelayakan Piala Dunia) kita nilai dulu.

“Saya juga akan bermesyuarat untuk mendengar dan dapatkan maklum balas daripada pakar rumput kerana saya mahu pastikan terus ada penambahbaikan.

“Seperti yang saya jelaskan di Parlimen, kita tiada pilihan di mana saya ada dua stadium. Disebabkan hanya ada dua pilihan sahaja, kita kena pastikan kita jaga rumah untuk Harimau Malaya dan pada masa yang sama kita juga kena bagi ruang untuk konsert.

“Hasil daripada konsert semua masuk ke akaun perbadanan stadium dan dalam tabung berkenaan kita belanja untuk naik taraf stadium,” katanya.

Berita Tular mendapati rata-rata peminat sukan mahukan penukaran segera kepimpinan PSM dan Hans Isaac perlu digugurkan. Bagi mereka, perlawanan antarabangsa bukan suatu ujikaji untuk padang, ia adalah perlawanan untuk prestij sukan negara.

Dari segi politik, penerusan jawatan Hans Isaac itu akan terus menjadi liabiliti terhadap kementerian di bawah Hannah Yeaoh dan akan menjejaskan KPI menteri itu kerana tiada tindakan diambil walaupun masalah masih tidak diselesaikan.

Semalam Malaysia tewas dengan Oman 0-2 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia. Semua peminat bolasepak tanahair menyalahkan padang. Namun terdapat juga segelintir peminat yang berkata prestasi skuad kebangsaan itu sememangnya tidak pernah membanggakan selepas era 70-an walaupun jika bermain atas padang terbaik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img