spot_img
spot_img

KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. SUMBANG ZAKAT RM430,000

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini
memberi sumbangan zakat berjumlah RM430,000 yang melibatkan penerima daripada asnaf staf dan pelajar serta pusat tahfiz.

Menerusi penyampaian sumbangan zakat yang diadakan pada Majlis Ihya’ Ramadan KPTM 2024 di Hotel Premiera, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM350,000 diberikan kepada asnaf pelajar KPTM dan UPTM.

Manakala sebanyak RM25,000 sumbangan zakat kepada golongan asnaf staf, RM10,000
kepada Maahad Tahfiz Maubul Huffaz dan sumbangan Foodbank daripada Plus berjumlah RM45,000.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., YB Dato’ Shamshulkahar bin Haji
Mohd Deli, sumbangan zakat pada majlis hari ini menjadi tanda KPTMSB tidak pernah
melupakan menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat mengingatkan diri kita bahawa
Ramadan bukan hanya tentang puasa dan berbuka, tetapi juga tentang memberi,
berkongsi, dan mengasihi,” katanya.

Antara yang hadir pada majlis Ihya Ramadan KPTM 2024 ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Dato’ Julaini bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd, En Radzuan bin Razali, pengurusan tertinggi MARA, pengurusan tertinggi MARA Corporation, ketua-ketua pegawai eksekutif anak syarikar MARA dan subsidiary serta ahli-ahli Lembaga Pengarah KPTMSB.

- Advertisement -

Seramai kira-kira 500 tetamu yang menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan yang terdiri daripada staf Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Poly-Tech MARA Bangi, Universiti Poly-Tech Malaysia, pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Latar Belakang Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan
Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.

Kini Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan milik
penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional.

KPTM beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf Kolej Universiti iaitu Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.
KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img