spot_img
spot_img

Kedegilan DAP menjauhkan orang Melayu dari kerajaan dan UMNO

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kedegilan Menteri Perumahan dan Kemajuan Tempatan Nga Kor Ming hari ini mempertahankan cadangannya untuk mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan tanpa mengira bantahan dari kaum majoriti amat merugikan kerajaan Madani.

Isnin lalu di Parlimen, menteri DAP itu berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperjuangkan hak penduduk kampung baru Cina itu. Beliau tetap bertegas kerana tugas mengiktiraf kampung-kampung itu berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

“Memandangkan Kampung Baru Cina berada di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kemajuan Tempatan, sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga Kampung Baru Cina, jika saya tidak tampil membela nasib penduduk di sana, jika tidak saya , siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi ?“,  Nga memberitahu Parlimen dalam ucapan penggulungannya mengenai perbahasan titah ucapan Raja.

- Advertisement -

Penegasan menteri itu dibuat setelah Ahli Parlimen Maran PAS Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang telah membangkitkan isu mengenai Kampung Baru Cina beberapa kali dalam minggu lepas sejak persidangan Parlimen bermula.

Penganalisis Politik Esward Ramasamy dari Institut Kefahaman Majmuk berkata, amat penting bagi wakil DAP mempertahankan dengan keras akan hak-hak orang Cina.

“Anda perlu ingat, ini adalah politik. Siapa pengundi terbanyak, mereka akan dijaga. Sebab itu mana-mana pihak sekalipun di dalam kerajaan Madani tidak bersuara menentang usul ini. Mungkin seorang dua dari UMNO, tetapi mereka bukan decision maker”, ujarnya.

- Advertisement -

Esward ditanya sama ada adakah pakatan kerajaan Madani tidak menghiraukan untuk menawan hati orang Melayu ?

“Kerajaan Madani sedar bahawa selama PH bertapak dalam arena politik tanahair lebih 2 dekad, parti seperti PKR dan DAP tidak mampu menembusi kawasan Melayu luar bandar. Mereka boleh menawan hati Melayu bandar yang lebih fleksibel dan berada di kawasan majmuk. Jadi kenapa mereka perlu hiraukan orang Melayu di kampung, baik mereka menjaga bank votes mereka yang sedia ada dengan kukuh”, ujarnya yang juga berkata bahawa perpecahan parti-parti Melayu juga menjadikan DAP lebih kuat kerana sesiapa jua yang ingin menjadi kerajaan memerlukan sokongan ahli-ahli parlimen DAP.

Kesan Buruk Kepada UMNO

Kesan akan isu-isu tidak sensitif terhadap kaum Melayu akan terus menyukarkan UMNO dalam menawan pengundi Melayu.

Kerajaan Madani tidak sensitif kepada orang Melayu

Pemerhati politik, Mohammad Irwan Saari, 43, berkata sepatutnya Nga harus bertanya kepada diri dan partinya sendiri kenapa selalu ingin memperjuangkan hak kaum Cina sahaja ?

”Saya hairan dalam soal balas menteri DAP itu, dia menuduh ahli parlimen Maran selalu membangkitkan isu perkauman, padahal sebenarnya Nga adalah seorang yang memperjuangkan perkauman. Apa hak-hak orang Cina yang terancam di negara ini ? Sepatutnya dia sebagai Menteri kerajaan perpaduan harus mencari kaedah untuk mempromosikan perpaduan semua kaum, bukan mempromosi satu kaum sahaja dari negara ini ke mata dunia”, katanya sambil menambah kampung kaum Melayu atau bumiputeralah yang paling layak dijadikan tapak warisan atau mendapat bantuan kewangan antarabangsa.

“Jangan main-main dengan perkataan redha, Nga sepaturnya redha bahawa ini negara majmuk bermajoriti Melayu Islam, bukan minoriti tertentu sahaja untuk dijuarakan”, kata Irwan yang menempelak menteri itu menggunakan perkataan redha bagi membolehkan kampung baru Cina dijadikan tapak warisan.

Mula Projek Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO

Pencalonan Kampung Baru Cina adalah inisiatif Majlis Monumen dan Tapak Antarabangsa, atau Icomos, Malaysia.

Icomos Malaysia ialah pertubuhan bukan kerajaan global yang dikaitkan dengan Unesco, yang berfungsi untuk pemuliharaan dan perlindungan tapak warisan budaya di seluruh negara, katanya.

“Bagi tujuan ini, Icomos telah menubuhkan kumpulan kerja Kampung Baru pada Mac 2021, pada masa itu Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan.

“Kumpulan itu terdiri daripada tujuh ahli Icomos dan tujuh pakar dalam pelbagai bidang untuk mengkaji dan menilai kesesuaian Kampung Baru Cina untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia.

“Kementerian sentiasa terbuka kepada semua pihak termasuk pembangkang dan NGO yang ingin mencadangkan tapak sebagai tapak warisan dunia yang memberi manfaat kepada negara dan, dalam hubungan ini, jika ada permohonan daripada Icomos, kementerian akan bersikap profesional, bersama Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dalam berbincang, membuat tinjauan dan mengkaji cadangan itu terlebih dahulu,” katanya.

Apakah kelebihan yang diinginkan oleh Kampung Baru Cina untuk disenarai di UNESCO ?

Promosi dan populariti akan meningkat di mata dunia. Penduduk kampung baru Cina akan mendapat limpahan hasil pelancongan di mana pelancong asing akan melawat kampung baru Cina. Kampung baru Cina juga akan termasuk dalam senarai tempat pelancongan utama negara yang wajib disinggahi oleh pelancong luar.

Kedua, Kampung Baru Cina akan menerima dana pembiayaan dari PBB dan pihak antarabangsa untuk perlindungan dan pemuliharaannya.

Kampung Baru Cina juga akan mempunyai akta perlindungan jika berlaku peperangan kerana ia akan dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.

DAP Cuba Pertahankan Diri dan Hak Mereka

Nga Kor Ming bertanya kepada Ahli Parlimen Pembangkang mengapa mereka tidak mempersoalkan pemimpin Barisan Nasional sebelum ini yang pernah menjadi Menteri perumahan dan kerajaan tempatan iaitu Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Ong Ka Chuan dan Tan Sri Kong Cho Ha.

”Tetapi dia lupa, menteri-menteri MCA sebelum ini tidak pernah beriya-iya ingin mempromosi Cina sebagai warisan Malaysia”, tegas Irwan sambil menambah Nga Kor Ming untuk tidak mengelirukan rakyat yang kononnya beliau dijadikan punching beg kerana isu ini berbangkit dan bermula daripada inisiatif dirinya sendiri yang tidak sensitif terhadap kaum majoriti dan majmuk di negara ini.

Kesimpulan

DAP akan tetap meneruskan agendanya yang tidak sensitif terhadap orang Melayu. Majoriti orang Melayu akan menjauhi kerajaan perpaduan. UMNO akan terus lemah di kawasannya yang kini telah banyak dirampas PN.

Semua ini boleh berlaku adalah kerana perpecahan orang Melayu itu sendiri yang sepatutnya mempunyai parti-parti politik terbesar ; UMNO, PAS, Bersatu dan Amanah.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img