spot_img
spot_img

Tiong nafi pecat Ketua Pengarah dan terlibat salah laku

spot_img

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing menafikan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Ammar Abd Ghapar dipecat daripada jawatannya, sebaliknya hanya diturunkan pangkat, kata menteri itu hari ini.

Ia disebabkan faktor prestasi Ammar yang tidak memuaskan. Penurunan pangkat itu menjadi keperluan mendesak bagi kementerian untuk meningkatkan industri pelancongan sambil beliau memberi contoh di mana Thailand mampu membawa 10 juta pelancong dari China, tetapi Malaysia hanya berjaya menarik 1.2 juta pelancong sahaja dari negara itu.

Tugas Datuk Ammar sebagai Ketua Pengarah dikhabarkan berakhir sepatutnya pada Mac tahun 2025.

- Advertisement -

Menteri itu memberitahu pemberita di Kompleks Kraf Negara pagi. Beliau berkata bahawa Ammar tidak membuat rancangan konkrit untuk meningkatkan jumlah pelancong asing Malaysia dan tidak mempunyai penglibatan langsung di peringkat negeri.

Tiong juga mempersoalkan keupayaan Ammar yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang pelancongan di mana ketua pengarah itu tidak dapat merencanakan usaha untuk membawa masuk 5 juta pelancong China sekurang-kurangnya, tetapi merancakan jumlah yang lebih rendah iaitu 3 juta pelancong sahaja..

Tiong juga menafikan bahawa tindakannya terhadap Ammar adalah salah guna kuasa dan menimbulkan suasana tidak harmoni antara kakitangan awam di kementerian itu.

- Advertisement -

Menteri itu berkata seorang pegawai Tourism Malaysia telah dikenal pasti sebagai bakal pengganti Ammar untuk jawatan ketua pengarah.

Semalam, Ahli Parlimen Masjid Tanah (PN) mendakwa terdapat salah laku di Kementerian Pelancongan termasuk pemecatan tanpa sebab Ketua Pengarahnya oleh menteri.

PN bimbang wujud dakwaan salah laku di Kementerian Pelancongan

Ammar dilantik sebagai ketua pengarah Tourism Malaysia pada 12 April tahun lepas. Sebelum itu, beliau adalah pengarah kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Pelancongan Malaysia (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah kanan pengurusan, mengetuai Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, dan memegang peranan penting seperti pengarah bahagian kewangan dan pengarah hal ehwal luar di Osaka, Jepun, dan Moscow, Rusia, masing-masing pada tahun 1999 dan 2008.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah Tourism Malaysia negeri Kedah/Perlis pada tahun 2005. Pada 2021, Ammar mengetuai Sekretariat Pasukan Petugas Buih Perjalanan, yang bertujuan untuk menggiatkan semula industri pelancongan, yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img