spot_img
spot_img

Pakai semula face mask

spot_img

KUALA LUMPUR: Arab Saudi mengesyorkan pemakaian semula topeng muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mengelak penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitar.

Menurut infografik yang dimuat naik ke akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, pada Isnin, saranan itu dibuat untuk memelihara kesihatan jemaah haji dan pengunjung ke dua masjid suci itu.

Syor itu juga merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan yang dikuatkuasakan Arab Saudi sejak awal musim umrah 1445 Hijrah bagi warga dan penduduk tetap negara itu serta negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

- Advertisement -

Nasihat itu dikeluarkan beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron EG.5 baharu Covid-19 dengan mengklasifikasikannya sebagai “varian kebimbangan”.

Media Arab Saudi sebelum ini melaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mengedarkan hampir dua juta topeng muka kepada tetamu al-Rahman pada bulan Julai.

 

- Advertisement -

 

Sumber – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img